Rakan Blogger

Friday, January 25, 2013

Keputusan UPSR 2012, SK St Patrick, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri nie sepatutnya dibuat lama sudah. Tetapi masa tidak mengizinkan Kancil untuk berkongsi dengan rakan - rakan sekalian. Macam 2 bulan berlalu. Tetapi yang penting adalah maklumat untuk rakan - rakan berkongsi.

Untuk tahun lalu, peratus sekolah Kancil meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya. Memang gembira bila dengar naik tetapi bilangan mendapat keputusan 5A tidak membanggakan. Malah sekolah Kancil berada di ranking yang ketiga di Tawau. Sekolah Kancil hanya mendapat 12 orang 5A. Manakala SK Bombalai dan SK Pasir Putih masing - masing mendapat 15 orang keputusan 5A. SK Bombalai masih di tempat pertama sekolah yang terbaik.

Berbanding tahun sebelumnya, seramai 22 orang yang mendapat 5A. Namun tahun lalu hanya 12 orang. Guru mana yang tidak kecewa namun kami terima seadanya kerana inilah usaha kami selama setahun. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa pengumuman keputusan UPSR tahun 2013.



 Murid - murid bertanya khabar sesama sendiri dan wajah - wajah murid yang ceria


 Ibubapa yang datang menyokong dan kelihatan Cikgu Hasman membawa slip keputusan UPSR


 Murid - murid mendengar keputusan dan Cikgu Saifuddin memberi sedikit taklimat


Antara murid yang mendapat 5A

Tahniah kepada mereka dan Kancil dimaklumkan ada yang sudah masuk ke MRSM cawangan Tawau. Tahun nie, kami berusaha lagi untuk mendapatkan kedudukan terbaik di peringkat Tawau. Untuk di peringkat negeri SK Bombalai masih berada di kedudukan pertama. Maklumat lain yang Kancil dapat di Lahad Datu, SK Jeroco merupakan sekolah pertama di sana.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tiinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 comments:

Aisy Nasiha said...

Gembira bila melihat ank didik kita bjaya kan? Tak tergambar seronoknya...

Cik Zai said...

Alhamdulillah...anak2 tawau bijak2...

xi-game said...

Alhamdulillah smoga selalu endapatkan yang terbaik amin

xi-game said...

Alhamdulillah semoga selalu mendapatkan yang terbaik amin

Lulu Caldina said...

syabas..
semoga tahun ni pencapaian akan lebih cemerlang

Saya Disini said...

tahniah yg bjya

Remy hazza said...

tahniah kepada yg berjaya tu kancil...tak sia2 usaha kancil dan juga rakan guru yg lain.....

Knor said...

alhamdulillah ..semangat cikgu utk mengajar murid2 utk berjaya tuh yg ibubapa nak..semoga Allah permudah semuanya dan di berkati.syukur punyai cikgu mcm kancil dan cikgu2 yg sentiasa bersemangat

3no gr33ny said...

semoga akan datang akan lebih meningkat keputusan UPSR sekolah sahabat

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...