Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Kecoh pasal pencerobohan bersenjata yang dilakukan oleh masyarakat di selatan Filipina di daerah Lahad Datu. Mendengar kekecohan tersebut membuat kami di Sabah panik sebab mereka datang membawa senjata. Namun tiada apa - apa yang berlaku. Mereka datang hanya mengunjungi sanak keluarga mereka di sana. Tapi itulah, datang bawa senjata...Siapa pun pasti panik.
Teringat pula kisah tahun 1989 apabila bandar kecil Lahad Datu diserang oleh mundu (lanun). Sunyi sepi bandar tersebut. Pada tahun nie, berulang kembali namun ia berbeza. Mereka datang secara terang - terang memasuki perairan Malaysia. Walaupun ia terletak jauh di timur Lahad Datu. Namun apa - apa boleh berlaku.
Kancil di Tawau memang bimbang akan kejadian tersebut kerana masih ramai lagi keluarga dan kawan - kawan di sana. Menurut sumber ada 100 orang tetapi sumber lain mengatakan lebih seribu orang sudah mendarat di Tambisan Lahad Datu. Untuk makluman rakan - rakan, mereka yang datang nie sudah biasa berperang di tempat sendiri sejak tahun 70 - an lagi. Berbeza kita, kali terakhir berperang pada tahun 1989 iaitu semasa komunis menyerah kalah.
Apapun, kita berharap tiada apa - apa yang berlaku kerana peperangan nie merugikan banyak pihak. Dan berharap mereka pergi secara baik walaupun rundingan sudah mencapai kata sepakat.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
14 comments:
saspen bila dgr berita ni. alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku
YAKINLAH DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN KITA.. WALAUPUN KITA SUDAH LAMA TIDAK BERPERANG NAMUN KITA PUNYA TENTERA BANYAK PENGALAMAN DI BAWAH PANJI-PANJI UNITED NATION.
semoga segalanya selamat..amin
lega bila dengar penjelasan kancil...tapi depa dtg siap bersenjata...tu yg cuak tu.....
semoga tiada apa yg berlaku..
mmg suspun la kan sbb dtg bawa senjata.. ;) Alhamdulillah jika tiada apa yg berlaku
hanya mampu berdoa agar Sabah dirahmati..
Takkan perkara ni dibiarkan..
bahaya pula mereka datang bersenjata..tak ada kawalan ke masa tu?
Kami di sini doakan agar segalanya selamat. Harap ianya tidak jadi bahan cerita yang perlu diperbesar-besarkan oleh pihak yang ada kepentingan. Berbaik sangka sahaja...
cerita ni x digembar gemburkan oleh media yer...heran jugak..serius ker Kancil ?
oh..... baiklah...
semoga selamat semuanya
harap tiada yg buruk berlaku
terima kasih kerana sudi komen...di Sabah masih dalam keadaan berjaga - jaga...
ooo ni ke sbb ramai tentera yg berjaga2...
sbb terperasan status kat fb kwn... huhu
C.M.A :
tulah bah..berita ndak mahu kecoh2
Post a Comment