Rakan Blogger

Monday, February 4, 2013

Cuti - Cuti Ke Kota Kinabalu 2012 # 3

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sebelum nie Kancil berkongsi cerita mengenai lebuh raya Lahad Datu - Sandakan. Kini Kancil ingin berkongsi plak Lebuh Raya Sandakan ke Ranau. Jom kita lihat gambar - gambar di bawah 


Setelah berehat setengah jam di stesen minyak Shell, Kancil meneruskan perjalanan. Kali ini, jalan rayamnya penuh mencabar kerana kami akan melalui kawasan hutan yang tebal. Mana tidaknya, ia berada di tengah - tengah kawasan Sabah. Kalau anda lihat gambar di atas nie, gambar ini diambil sebelum simpang ke Beluran. Sebelah kanan tu, anda boleh lihat ada lori treler. Alhamdulillah, hanya satu dua je...kalau ikut masanya...berbarislah kita macam semut masuk sarang...hehehe



Gambar di atas (kiri) adalah jalan yang sudah diperbaiki dalam tahun 2012...Kalau tidak silap, jalan nie teruk pada tahun 2011. Alhamdulillah ia sudah diperbaiki dan nie merupakan kawasan hutan tebal. Kancil pun dah lupa nama hutan ini. Gambar di sebelah kanan adalah pemandangan di atas bukit.


Satu lagi pemandangan di atas bukit...memang luas kan kalau tengok...nasib juga masa nie ceria walaupun pada mulanya gelap gelita di bumi Tawau. Gambar di sebelah kanan ini merupakan Sekolah Menengah Matupang (kalau tidak silap nama sekekolahnya. Gambar nie merupakan asrama sekolah tersebut. Sebelah kanannya adalah tempat belajar mereka. Menghubungkan antara asrama dan sekolah ada jejantas di atas jalan raya. Ndak sempat kancil mengambil. Di belakang asrama ini ada sebatang sungai besar iaitu Sungai Telupid.



Gambar di atas sebelah kiri merupakan sungai Telupid. Kancil singgah berehat di tepi jalan yang berhampiran dengan sungai ini. Nampak macam ndak dalam kan? Sebenarnya ia dalam dan kalau cuaca ndak baik...nampaklah arus sungai yang deras. Gambar di sebelah kiri adalah kawasan Ranau. Kancil tidak ambil gambar di bandar Ranau nie...ndak terfikir masa memandu tu. Hehehe...

Lepas nie Kancil akan bawa rakan - rakan ke kawasan Kundasang yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

8 comments:

3no gr33ny said...

seronoknya dikelilingi alam yang indah =)

Unknown said...

suka tgk jln2 raya kat sana kancil..... tak sibuk...tenang...pastu keindahan menghijau kiri dan kanan.....

Unknown said...

wah lama dah Eza x pergi KK. hee. Eza baru sampai ranau. Sandakan tak pernah lagi. hehehe ;)

Unknown said...

tenang je rasanya tgk permandangan gambar2 ni.. tak sabar plak QUeen nk tgk gambar2 di kundasang tu.. sbb mmg teringin sgt nk ke sana...

fairus said...

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN... TERBAIK BRO..

SHAHIDA SHIDA said...

best nya, berjalan-jalan...indahnya pemandangan dekelilingi dengan kehijauan...

aReLaN said...

memang menarik la pemandangan. bila la agaknya nak jejak kaki ke sana.hmmmm

Kancil 8349 said...

terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...