Rakan Blogger

Tuesday, February 5, 2013

Cuti - Cuti Ke Kota Kinabalu 2012 # 4

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kali nie, Kancil bawa pula rakan - rakan blogger ke kawasan Kundasang. Untuk makluman, gambar yang Kancil ambil pada masa nie ndak jelas malah ditutupi awan. So, ndaklah dapat melihat gunung Kinabalu...tapi dalam entri seterusnya Kancil akan cerita juga.


Nie kawasan Kundasang..ia merupakan pekan kecil di banjaran gunung yang berhampiran dengan gunung Kinabalu. Kancil ndak dapat ambil gambar di kawasan tersebut sebab mahu cepat sampai ke Tamparuli. Korang nampak akan awan tebal tu. Itu yang membuat Kancil bimbang di jalan raya. Kalau hujan atau awan tebal. Apapun, alhmadulillah tiada apa - apa yang membimbangkan. Gambar sebelah kanan adalah pemandangan gunung kinabalu tetapi disebabkan ada awan tebal...maka ndak ternampaklah gunung kinabalu.


Gambar di atas adalah pemandangan jalan raya menuju ke Tamparuli dari Kundasang. Kalau ikutkan, di sini juga kita nampak gunung kinabalu. Tapi awan tebal..


Gambar di atas nie merupakan kawasan Nabalu...kalau tidak silap Kancil. Di sinilah kita berada di tengah - tengah bukit...kiri dan kanan adalah lereng bukit...ada masanya, kawasan ini diliputi awan tebal. Kalau ndak biasa dengan kawasan nie memang bahaya. Gambar di sebelah kanan adalah lebuh raya dua lorong di kawasan Tamparuli. Kejap lagi akan sampai ke Kota Kinabalu..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

Izwa Kamaruddin said...

saya harus ke sana sekali lagi kerna haritu di kk kami hanya pergi di manukan sahaja...

Unknown said...

cantiknya view..gunung kinabalu diselaputi kabus

Cikgu Ma said...

saya rasa pemnadangan dan jalan raya di sabah lebih baik berbanding kt sarawak...

miss yatie said...

lenguh dah kakki berjalan mengelilingi sabah heee...jalan2 dengan kancil, nak pergi sendiri tak dapat..

Unknown said...

bestnya jalan-jalan. cuti ni tak dapat pergi pulak. :(

Ann Ishak said...

Kundasang adalah kawasan sejuk kan, saya pernah stay sekali je di sana. teringin nak ke sana lagi, pemandangan sangat cantik.

Unknown said...

syoknya kancil.. cantik je pemandangannya.. awan tebal ni confirm sejuk kan...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

best bercuti di sana.

UmmiAbi said...

Best utk tenangkan fikiran di sana kan..?:)

baguznet said...

tak pernah lagi dapat pergi ke luar KK masa ke Sabah. Sekadar mundar-mandir di bandar sahaja.

Kawasan berawan itu, pasti cuacanya sejuk, kan cikgu?

3no gr33ny said...

walau berkabus dan berawan tebal tapi keindahan alam di sini tak dapat disembunyikan..nyaman!

maszull said...

assalamualaikum kancil...seronoknya bercuti...:)

dee said...

tak sabar nak sampai KINABALU!
oh terima kasih kerana bawa "jalan2"

Unknown said...

satu hari nanti...mesti remy nak sampai sabah tu.....

Kancil 8349 said...

terima kasih semua..insya Allah Kancil akan cerita mengenai bandaraya Kota Kinabalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...