Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Jom kita lihat gambar yang Kancil ambil dari facebook rakan Kancil dan ia seperti diambil dari surat khabar. Apapun kita sama - sama baca ;
"Guru - Guru diingatkan jangan marah, mendenda, merotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja rumah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak mengambil tindakan undang - undang terhadap mereka jika berbuat demikian"
Pergh...ada juga manusia macam nie...lebih baik jangan hantar anak tu ke sekolah. Kami sebagai guru lebih berminat kepada murid - murid yang ingin belajar. Sebab banyak perkara lain lagi yang perlu kami laksanakan di sekolah. Seperti kenyataan seorang rakan guru di Sarawak. Jom kita baca...
Surat terbuka untuk ibu bapa
"tudiah...hahaha! meh sini cikgu payedd nak bgtau..kpd mak bapak yg x brapa nak layak jd mak bapak tu. sila baca dan paham
Wahai mak bapak..tidaklah menjadi kegemaran guru utk memarah membebel merotan dan memukul anak anda? Kami x suka..kami sndr banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yg ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri..mungkin mewarisi sifat anda tapi mahu tidak kami sbg guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas wahai ibu dan bapa..adakah kamu patuh pd suruhan agama dan tuhan kamu? kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah hamba dan kenapa pelajar perlu utk patuh dan laksanakan tugas sbg pelajar..kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu untuk belajar...saya juga patuh pd tuhan dan agama saya...saya juga patuh dan arahan pengetua sedang saya yng cikgu pun boleh dengar cakap...apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit..apakah kuasa undang2 skrg membuatkan bapa dan ibu buta?
Wahai bapak dan ibu..kami para guru tidaklah kejam...tidaklah jahat dan tidaklah gila malah kami rsa lebih ramai guru2 yang menjd gila...mendapat kencing manis, sakit jantung darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yang kurang ajar dan melawan guru tapi masih kesalahan diletakkan di tangan guru..katanya guru tidak pandai mengajar...wahai bapak dan ibu...kalau dah anak anda menjd tuhan di sekolah membuat undang2 sndr boleh tidur dan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yg kami ada utuk jadikan anak anda sbg manusia?
kami bukan tuhan yg boleh berikan hidayah..kami bukan nabi yg bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. kami hanya guru biasa yg mungkin tidak didengari suara. Wahai bapak dan ibu... bila anak anda mendapat keputusan yg cemerlang.. anda akan cakap.."sbb anak saya pandai" bila anak anda mendpt keputusan yng corot...jawapan anda.."cikgu tu x pandai mengajar"
Wahai bapak dan ibu.. kalau dah mcm ni la gayanya... anak anda akan menjd bodoh..dan terus menjd bangang abadi... walaupun guru yng mengajar anak anda itu... adalah guru dari syurga"
Apa pandangan korang? nie banyak lagi komen di facebook mengenai gambar nie...please lah...kesian anak - anak kita jika dibuat demikian...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
27 comments:
Boleh plak macam tu...
Malam tadi saya baru marah anak saya yang tak buat kerja sekolah... Siap ugut lagi, kalo tak siapkan nak call cikgu dia, suh cikgu tu rotan dia...
kalau tak nak anak tu kena marah atau kena rotan, jgn hantar anak ke sekolah, ajar sendiri kat umah...
masa baca artikel ni kt FB cikgu pun sy rasa mcm nak marah juga..ada pula perangai mak bapa mcm ni kan..tp sy sokong surat jawapan kpd ibubapa tu..mmg tepat sekali isi2 nya..biar dirotan skrg asalkan terdidik drpd dibiarkan skrg nnt kemudian hari jd org yg x berguna..wallahu'alam..
senang jekk.. kalau tak nak anak2 tu kena marah ke hape.. anta je skolah private..
pada cikgu2... marah pelajar, biarlah disertakan dgan niat utk mendidik...
anak jahil mak bapak pun jahillah
mmg terlalu padat mnusia jahil.zaman kita mmg zaman yg paling teruk..entah apalah nasib anak cucu nti.kita mungkin dah tak ada dah nti.
selalunya yg kena marah dan pukul atau denda dan sebagainya anak2 yg bermasaalah..ada sebab munasababnya di pukul..kalau kak jadi cikgu..suruh cuci jamban,berkebun di sekolah,mengecat,kutip sampah,buat kerja kebajikan dlm sekolah tu sendiri.kurang sikit beban tukang kebun..cikgu pun seronokkan bila sekolah bersih selalu. ..tak payah pukul2..jadilah isu mcm di atas..
akibat terlebih sayangkan anak dengan cara sayang yang salah beginilah..kesian cikgu-cikgu nak mendidik. kadang ada pelajar yang jenis tak dengar kata dan yang berkurang ajar pun ada...macam2 pesen mak ayah sekarang ni. terlebih manjakan anak takut jadi lain je...
budak2 zaman sekarang....terlalu manja...sebabnya mak bapak dieorg lagi manja.......
tugasan guru semakin mencabar kancil.....
bukan mudah kerjaya seorang guru
PADA DIRI AKU, AKU TAK KISAH SEKIRANYA ANAK AKU DIDENDA, DIROTAN KERANA DIA MALAS NAMUN BEGITU DENDA DAN ROTAN ITU PERLULAH DENGAN NIAT MENGAJAR DAN TIDAK MENINGGALKAN KESAN, PARUT ATAU APA-APA YANG MEMUDARATKAN.
ADA KISAH SEORANG RAKAN AKU, ANAKNYA BARU DARJAH SATU, ENTAH APA SILAPNYA CIKGU MENCUBITNYA HINGGA LEBAM-LEBAM BADANNYA.. DIA SIAP SEBAR GAMBAR BADAN ANAKNYA DI FACEBOOK, MEMANG NAMPAK LEBAM-LEBAM DAN AGAK TERLAMPAU PERBUATAN CIKGU TERSEBUT.
KALAU NAK DISELAMI SEMULA KISAH AKU BERSEKOLAH DULU, MEMANG RATA-RATA KITA MENGHORMATI GURU. MEMANG BANYAK KALI JUGA DIDENDA DAN DIROTAN, NAMUN KITA TIDAK DENDAM PADA CIKGU. KITA LAGI TAKUT UNTUK MEMBERITAHU EMAK ABAH PASAL DIDENDA ATAU DIROTAN KERANA PASTINYA KITA SENDIRI YANG AKAN KENA LAGI..
sedihnyaanbaca ni.. fighting to all teachers! only some people dnt knw hw to appreciate u, bt many more that loves u :)))
Ter'emo' pulak hehe. Sabar, sabar
susah juga ibu bapa macam ni, nak suruh anak pandai, tapi..
memang saya tak pernah memukul pelajar saya yg nakal, tak pernah sekali2 TAPI selalu menengur ada lah sesekali tinggi suara sebab niat nak ajar anak dia tu, alamak..kalau macam ni lah susahlah anak dia nak pandai, tu sebab ramai anak murid tak hormat guru, rupanya bapa ibu dia ajar macam tu, ....siapa rugi sebenarnya ni..aikkk guru tak rugi pun! Cg kancil setuju tak...
Susah juga kalau anak tu tak boleh diusik langsung.
Ibu Amirul :
betul tu...ibu bapa memainkan peranan
Dylla Abas :
terima kasih kerana menyokong
lady scooter :
betul tu...dan tidak semua guru lekas marah...namun guru juga manusia biasa...
knor :
susah juga kalau dibuat macam tu...ibu bapa nie tetapi mengambil tindakan walaupun terang - terang kesalahan itu anak mereka
Aien Alien :
betul tu...
Remy :
betul tu...masa depan negara terletak pada mereka...kalau terlalu manja hancur negara kita
3no :
betul tu
Fairus :
terima kasih diatas pandangan tersebut kawanku...walau apapun kita sama2 menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak kita...
Sakura Sue :
terima kasih
Empayar Utama :
terima kasih...memang sabar sudah nie
KY :
tulah plak kan...kami yang terkilan
Etuza :
betul tu..guru ndak rugi..cuma itu tanggungjawab kita...murid kena asuh supaya menjadi manusia berguna
Malay - Kadazan Girl :
tulah bah...kesian pada budak kita
Post a Comment