Rakan Blogger

Sunday, March 3, 2013

Kini Semporna Terima Tempiasnya

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seawal 8 malam, Kancil menerima panggilan daripada adik di Tawau. Beliau memberitahu ada kes tembak menembak berlaku di Semporna. Terus membuat panggilan ke kampung. Alhamdulillah, adik di kampung masih menjawab panggilan Kancil dan mengesahkan bahawa ada bunyi tembakan berlaku di Pekan Semporna sehingga keadaan panik. Mereka semua berkumpul di dalam rumah.

Dalam kenyataan akhbar dan portal PDRM mereka mengesahkan bahawa terjadi tembak menembak antara penjenayah dan pasukan polis dan dimaklumkan bahawa ada anggota polis maut dan cedera akibat pertempuran tersebut. Ini amat membimbangkan kami di Sabah. Kancil ndak dapat tidur sehingga 2 pagi untuk memastikan maklumat terkini. Alhamdulillah keadaan terkawal walaupun perasaan bimbang tetap ada.

Buat masa nie, kami hanya berdoa semoga ia tidak berlarutan kerana ia mengancam kehidupan harian kami di sini. Mereka datang bukan mahu berdamai tetapi membawa bencana dan panik di sekitar pantai timur Sabah. Semoga pasukan keselamatan kita akan menjaga kedaulatan negara kita dari terus tercalar dan dicabar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s buat masa nie Kancil buat entri je..insya Allah jika keadaan terkawal Kancil akan balas kunjungan korang

9 comments:

Unknown said...

kami dcni mendoakan yg terbaik utk di sana...mg tiada lg yg menjadi mangsa dan mereka menyerah ..serta kembali aman

Unknown said...

moga selamat semuanya di sana. Pray for sabah.

Unknown said...

..semoga keamanan menjadi milik kita ..AMIN..

Unknown said...

marilah solat hajat untuk keselamatan Sabah, khasnya di Lahad Datu..semoga pihak keselamatan negara cepat2 menumpaskan pengganas ini...

Unknown said...

semoga semuanya selamatt disanaaa aminnn! :,(

fairus said...

SEMOGA PERSENGKETAAN INI DAPAT DITANGANI DENGAN SEGERA..

Unknown said...

kena kuatkan semangat...... dan jgn sesekali leka.......

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil

maszull said...

assalamualaiakum kancil....akan ada jalan penyelesaiannya...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...