Rakan Blogger

Monday, March 4, 2013

Semoga Kejadian Di Sabah Selesai

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil berharap keadaan di tiga kawasan yang selamat seperti biasa. Jika ia berlarutan memberi kesan dalam pelbagai aspek. Yang rugi adalah kami di Sabah. Walaupun berada di Tawau, bahangnya tetap terasa ke kawasan kami. Bimbang ia melarat ke Tawau atau di mana - mana daerah di Sabah. Kes seperti ini sama seperti kes komunis yang kita pernah lalui. Namun bezanya kita berdepan dengan negara Jiran kita yang menganggap kita nie musuh mereka.

Padahal, kita tidak pernah bermusuh dengan mereka. Kerana dendam dan tamak yang menguasai diri pemerintah mereka, mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Dia (Sultan Palsu) duduk senang lenang di istananya (rumah buruk) makan dan minum terurus sedangkan tenteranya melarat di bumi orang lain. Sama - sama menganut agama Islam namun menganggap Malaysia sebagai musuh mereka. Pelik bukan?

Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita sama - sama berdoa untuk keselamatan negara kita. Lupakan soal politik, sama - sama kita mencari jalan penyelesaiannya dan bukannya menuding jari siapa yang salah. Janganlah disalahkan mereka (Suluk Sabah) di atas perbuatan bangsa mereka kerana Kancil yakin bahawa mereka (Suluk Sabah) tidak suka akan peperangannya. Mereka lari dari tanah asal mereka untuk mencari kehidupan selesa dan bukannya mahu berperang. Sama - samalah kita bersatu untuk menghalang penceroboh yang menganggu ketenteram kita di Sabah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

19 comments:

Lulu Caldina said...

tabahkan hati.. semoga masalah ni cepat selesai.. Terima kasih buat anggota keselamatan kita..

Aisy Nasiha said...

Kita sama sama berdoalah ye....

baguznet said...

Kita mengharapkan penyelesaian tetapi dari tindak-balas mereka, saya merasakan mereka tidak mahu begitu.

Selagi mereka tidak mendapat hajat mereka dan mereka masih bernafas, mereka akan terus berkubu, malah mungkin akan menyerang bila semua kumpulan mereka bersedia dari segenap penjuru

fairus said...

SEMOGA PERSENGKETAAN INI CEPAT BERAKHIR..

Knor said...

MUDAH-MUDAHAN KAK JUGA RELA KE SANA UTK MENGANGKAT SENJATA.JIKA KEADAAN MEMAKSA.

3no gr33ny said...

semoga sahabat dan keluarga di sana baik-baik sahaja..amin

Sakura Sue said...

betul tuu. berhentilah menuding jari, mari sama-sama kita bersatu menentang musuh yg pasti.

man said...

marilah kita bersatu padu..hehe

KY said...

aamiin...kami sentiasa mendokan yg terbaik buat mereka di sana, dan pejuang2 kita...

Lia Ilnia said...

Semoga tenang seperti sedia kala. Aminn. Betul bukan masa untuk menuding jari ke pihak yang mana tapi cari jalan penyelesaian.

Etuza Ezawarna said...

semua apa yg berlaku Allah ja yang benar2 tahu..apa sebab dan dalang dalam hal ini, kita memang bersuku2, sejak nabi Adam ada dah manusia membunuh, inikan pula zaman sekarang zaman nuklear, but gunakan akal..
inilah akhir zaman kancil..
tak ada salah kitapun...harap tenang Negeri Sabah. amin

Remy hazza said...

semoga warga lahad datu tabah menghadapi ujian...... selamat berjuang utk perajurit negara.......
dan alfatihah utk wira yg terkorban....

Cik Kartun ( CK ) said...

semoga allah melindungi mereka..

p/ : sye kembali smula.. ingt agi tak CK? ^_^

Cik Kartun ( CK ) said...
This comment has been removed by the author.
Kancil 8349 said...

semoga negara Malaysia aman kembali terutamanya di Sabah

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...betul tu semoga cepat masalah ini diselesaikan...;)

Kesuma Angsana said...

sama2 kita doakan ye

Cik Gee said...

saya ada seorang kenalan yg berasal dari lahad datu sabah semasa belajar sama2 di UM dulu. kata2nya penuh berkobar2. hanya satu, inginkan sabah keluar sepenuhnya dari malaysia dan bebas menuntut kemerdekaannya sendiri.

katanya, kerajaan amat kejam krn sabah kaya dgn hasil minyak tapi rakyatnya tetap hidup miskin.

sy masih tidak tahu apa pendiriannya selepas peristiwa pencerobohan ini berlaku.

apapun saya doakan Sabah dan rakyatnya selamat dan bebas dari anasir peperangan ini..

lama ndak singgah cni.. harap kancil sihat2 saja... :)

Kancil 8349 said...

Cik Gee :

dalam soal itu memang ada yang mahu keluar dari Malaysia tetapi tidak ramai...sebenarnya jangan salahkan persekutuan sebenarnya tetapi pemimpin sendiri yang tidak pandai mengawal kewangan...tengok je Sarawak...mereka bersatu...apapun Kancil ndak dapat komen lebih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...