Rakan Blogger

Friday, March 1, 2013

Siapa Kata Ndak Panik

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tarikh hari ini merupakan tarikh yang cantik iaitu 1.3.13 Cantik kan? Sayangnya, di hujung negeri Sabah telah berlaku pertempuran antara penceroboh dengan pasukan keselamatan kita seawal 10 pagi. Sehingga dilaporkan 2 orang maut dan 2 orang cedera di pihak pasukan keselamatan kita. Manakala penceroboh seramai 10 orang maut dan 4 orang cedera.

Walaupun Kancil berada 300 km dari zon perang, namun bahang pertempuran tu hangat. Daerah - daerah terdekat seperti Sandakan, Kunak dan Semporna sudah dalam keadaan berjaga - jaga. Manakala di bandar Lahad Datu sudah sunyi sepi tanpa manusia sehingga kebanyakkan kedai dan sekolah tutup untuk mengambil langkah berjaga - jaga.

Menurut sumber ndak pasti, terdapat 3 pasukan yang menceroboh ke Sabah dan salah satunya di Lahad Datu. 2 lagi tidak dikenal pasti di mana. 2 pasukan nie yang bikin risau..bila - bila masa sahaja akan menyerang. Tambahan lagi ada 800 000 orang rakyat Sulu berada di Sabah. Memang merisaukan. 

Apapun, Kami berharap agar tiada lagi pertempuran kerana ia merugikan pihak pihak. Kerajaan Malaysia sudah buat yang terbaik namun itulah jangan dicabar tahap kesabaran Malaysia. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

13 comments:

Knor said...

MAIN CEROBOH CEROBOH PULAK YE..LANUN BETUL

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...memang sedih ngan berita mcm ni hinggakan ada yg terkorban...:(

Fiza Rahman said...

Sedih bila komando kita terkorban. Take care yer.

Aziela said...

Berjaga2 yer cikgu.

dhiera said...

take a good care...
semoga hal ni dapat disetelkan secepat mungkin~

aimaniman said...

Kata dah ok.. kan peristiwa pencerobohan ni dah lama, 2 minggu lepas kor?
Kalau mereka dah ramai di sabah., 800 000,., sebab tu besar kepala!

محمد رازيق said...

doakanmereka di sabah. take care bro.

fairus said...

KITA MENGHARAPKAN SESUATU YANG BAIK, NAMUN MEREKA YANG TIDAK MAHU MENAMATKAN DENGAN CARA BAIK. SEELOKNYA MEREKA BERUNDUR SAJA KE FILIPINA DENGAN SELAMAT TANPA PENUMPAHAN DARAH.

izan mama mia said...

mg cpt reda..risau

Etuza Ezawarna said...

sedih nampak jenazah tadi di TV,...rupanya dari Semenanjung tu yang terbunuh, kasihan isteri dan anak2 dia..betul kematian itu pasti.Sudah takdir dia...marilah doakan Ldatu

baguznet said...

800,000 itu angka yg cukup besar. Jika semua bersatu, mampu menakluk sabah...

Remy hazza said...

kena ambil langkah berjaga2...kita tak mahu rakyat kita juga ada yg terkorban nanti.....

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi mengomen di blog kancil...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...