Rakan Blogger

Monday, March 11, 2013

Sabah Milik Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dah lama Kancil ndak muncul dalam blog sejak insiden pencerobohan dan Ops Daulat dimulakan. Sibuk mendapatkan maklumat dan pekembangan terkini yang berlaku di kawasan - kawasan yang disebutkan. Untuk makluman rakan - rakan blogger. Kancil pernah pergi ke Kampung Tanjung Labian sekitar tahun 1993. Ketika itu, jalan raya masih tanah merah dan belum ada lagi kelapa sawit yang dinyatakan sekarang. Memang berubah langsung dan tidak sangka, kawasan yang cantik dan damai kini menjadi kawasan pertempuran,

Kerana tamak dan tidak mempelajari sejarah, mereka menyerang dan menghuru harakan keadaan di Sabah. Mereka menganggap Sabah nie tanah nenek moyang mereka padahal yang layak menuntut Sabah nie adalah Brunei. Kerana ia masih kukuh dan ada sistem kerajaan tersendiri berbanding dengan Kesultanan Sulu yang mana tidak diiktiraf oleh dunia sebenarnya mahu Kerajaan Filipina sendiri. Ia sudah tenggelam dek zamannya. Mana mereka semasa Syarikat Kompeni menyerang penduduk tempatan sehingga berlaku pemberontakan Paduka Mat Salleh? Mana mereka semasa Jepun menyerang Sabah? dan mana mereka semasa Sabah memasuki Malaysia?

Sudah kaya dan aman mereka mahu menuntut. Memang pendek akal dan dunia akan ketawa dengan sikap bodoh mereka. Tetapi sedih, mereka nie seagama dengan kita cuma bezanya fahaman mereka terlalu taksub. Cara mereka pertempuran pun memang kejam. Yang dah mati pun mereka kerat badan dan penggal kepala musuh mereka. Mereka sudah lama berada di sini dan kita beranggap mereka mahu hidup aman dengan kita. Bukan semua cuma mereka yang tamak sahaja.

Sepanjang hidup Kancil di bumi bertuah Sabah, Kami pernah melalui beberapa peristiwa serangan musuh negara. Kali ini sahaja yang meluas liputannya. Tahun 1985 pernah berlaku serangan mundu (lanun), 1989 serangan mundu dua - duanya di Lahad Datu, 1996 serangan bom balai polis Semporna dan kini 2013. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


25 comments:

dee said...

pfffttt.... take care bersama family disana .

NM03 said...

kamu masih di sana la ni?

jaga diri

Aziela said...

Jangan risau Sabah, kami bersama dengan anda.

Knor said...

ye betul cikgu..dah sah mmg milik malaysia..cuma mereka ini tak pandai2 lgi..org dah sampai kebulan pun.

semoga suasana yg rumit akan bertambah baik.

kesian dgn penduduk di sana yg lari meninggalkan kmpung dan bersesak2 di tempat perlindungan...tak tahu nak bayang kalau kak di tempat mereka.

izan mama mia said...

sokong entry ini...mereka zalim..mg sabah kembali aman

fairus said...

SABAH TETAP BERSAMA MALAYSIA..

Sakura Sue said...

itula.. sedihnya, mereka ni seagama dgn kita.. saudara seislam bergaduh kerana tamak kan kuasa :(

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...semoga dipermudahkan semuanya inshaAllah...:)

3no gr33ny said...

semoga segalanya selamat dan cepat tamat

Remy hazza said...

remy doakan segalanya selamat disana... pengalaman kancil berhadapan dgn rentetan kisah2 yg cukup memberi kesan dan pengalaman....

[sutera kasih] said...

tidak akan dilupa sampai bila2 kejadian tu..

Etuza Ezawarna said...

dalam sejarah Sabah dah masuk dalam negeri2 di Malaysia, di bawah naungan Malaysia dah aman.tak rela lagi Sabah dijajah oleh kuasa asing selaian malaysia...

Etuza Ezawarna said...

dalam sejarah Sabah dah masuk dalam negeri2 di Malaysia, di bawah naungan Malaysia dah aman.tak rela lagi Sabah dijajah oleh kuasa asing selaian malaysia...

Princess Nusy said...

biasa latu..manusia ni mana pernah berpuas hati..tak boleh tengok senang skit..mai utk huru hara plak tu..huhu

KY said...

itu pasti..semoga semua capat selesai dan kancik serta keluarga selamat

Malay-Kadazan girl said...

Sabah bukan milik Malaysia. Tapi Sabah adalah sebahagian Malaysia ;).

Amanina said...

Terima kasih follow ya :)

Smoga semuanya selamat...sabah tetap dilindungi

Fiza Rahman said...

Pray for sabah. Smoga pencerobohan ni segera berakhir.

Kesuma Angsana said...

moga semuanye segera berakhir yer

man said...

btl2..dah maju br mereka nak..

Eera Shera said...

salam kancil..hebat dugaan orang sabah. kancil org lahad datu ya?

semoga rakyat sabah terus tabah. kami semua akan selalu doakan..sabah milik malaysia selamanya

baguznet said...

Kejadian di Semporna masih menjadi tanda tanya kpd saya. Mereka diseksa selepas mati atau mati kerana diseksa.

Saya difahamkan yg beragama kristian itu telah dipenggal kepalanya. Yg berasal dr kg berdekatan dgn rumah saya pula telah dikelar-kelar.

Ada maklumat mengatakan ada seorang anggota pejuang kita yg terselamat tetapi akan cacat kekal kerana sebahagian anggota telah dipotong

Cik Kartun ( CK ) said...

nth sape la yg dok cucuk2 bangkit kan isu niee..
hurmm

Cik Gee said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya. cuma kenyataan di sebalik hikmah tersebut agar pahit untuk kita terima.

selepas bertahun lamanya imej pasukan keselamatan kita dihina-hina dan diinjak2, kata makan gaji butalah, rogol anak dara org la, banyak hutanglah.. kini khidmat mereka yang kita tagih2kan amat..

namun, kita kehilangan banyak nyawa sang parajurit di sebalik peperangan ini. itulah kenyataan yg harus kita terima hingga ke akhirnya..

:')

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen...Kancil cuba menjawab persoalan kalian di entri seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...