Rakan Blogger

Tuesday, August 20, 2013

Hari Pertama Yang Memenatkan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam merupakan hari pertama bersekolah bagi kebanyakan warga sekolah setelah bercuti raya selama dua minggu. Bagi bukan warga sekolah, menganggap warga seperti kami nielah warga yang paling untung kerana memiliki cuti yang panjang. Namun tidak semua guru yang bercuti ada juga yang terpaksa datang ke sekolah untuk membuat kerja sebelum buka sekolah.

Kancil sendiri pun kena hadir ke sekolah pada hari raya ketujuh. Nasib juga Kancil sudah berada di Tawau...kalau masih di kampung, alamat kerja Kancil tidak siap. Lebih - lebih lagi ia datangnya dari PPD Tawau. Ada lagi datang sebelum raya untuk menyiapkan laporan dan analisi peperiksaan dan kemudian memasukkan data ke dalam online kementerian. Memang banyak kerjanya.

Pada hari pertama, Kancil sudah dimaklumkan mengenai taklimat pengurusan Ketua Pengawas UPSR. Sebelum menghadiri taklimat, Kancil kena berada di sekolah untuk memberikan hadiah kepada pemenang program di bawah UBK. Alhamdulillah, jarak tempay taklimat ndaklah juga jauh...tapi kebanyakkan guru sudah berada di tempat taklimat dan rata - rata mereka ndak pergi ke sekolah terlebih dahulu.

Taklimat bermula pada pukul 8.30 pagi, seingat Kancil adalah orang paling lewat hadir. Padahal ada guru lagi lewat daripada Kancil. Guru - guru nie yang datangnya dari pulau sekitar Tawau dan kawasan Kalabakan. Itulah kehidupan guru pedalaman. Nasib Kancil guru bandar.

Lebih kurang 2.30 petang, taklimat selesai. Sebelum Kancil bergerak ke sekolah semula, kena makan dulu yang disediakan. Dari pagi hingga ke petang tidak ada isi perut. Mengapa Kancil turun ke sekolah pada sebelah petang? Kerana memberikan hadiah kepada pemenang untuk murid - murid petang pula. Bukan tiada rakan sejawatan sebelah petang tapi kebetulan beliau cuti bersalin. So, Kancil ambil tanggungjawab beliau. Nak suruh orang lain, lebih baik buat kerja kalau termampu.

Semasa menunggu perhimpunan petang, Kancil sempat membuat beberapa draf kertas kerja untuk program bulan kemerdekaan. Program kecil je...Selain itu, membuat analisis kerja sepanjang bulan lalu. Memang penat bukan...bagi yang mereka kerja di pejabat...Korang duduk dalam aircon dan terlindung dari pancaran matahari. Kami nie kesian, kipas je dah tu pancaran matahari masuk ke dalam bilik guru. Bising dan gangguan daripada murid - murid lagi...di pejabat...Kancil pun pernah alami kerja di pejabat. Tapi, kerja baharu Kancil lebih menyeronokkan kerana banyak cabaran dan setiap tahun ada situasi baharu yang kami hadapi sebagai guru....

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 comments:

Anne Nurain said...

tu la yg orang ndak tau kan psal cikgu.. cuti2 pun keja jgk.. hehe

Dylla Abas said...

dulu pun selalu fikir macam tu juga..time cuti sekolah la waktu paling best utk seorang guru..tp sekarang dah tau dah tugas guru bukan sekadar mengajar je >_<

Kesuma Angsana said...

bukan mudah kan tugas seorang guru tu !

Knor said...

cikgu beraya sakan ni...jgn marah cikgu..


fardu kifayah

SimplySeoul said...

xdinafikan guru antara yg paling lama cuti, tapi kerjanya belambak2. sometimes beban melebihi yg sepatutnya.

happy working chegu. selamat hari raya.

siti ZAHARA said...

selmat menjalankn tugas cikgu..=D

QueeN TerataI said...

biasalah kancil.. setiap pekerjaan ada sudah & senangnya..

Sakura Sue said...

Baiknyaa kancill.. :) yg penting enjoy okayy..hee

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil 8349

Cik Itah@Rama Rama Pendek said...

tugas seorang cikgu..bersabar sajalah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...