Rakan Blogger

Thursday, August 1, 2013

Jawapan Dari Wordless Wednesday # 66

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas menunjukkan seorang murid yang patah tangan akibat jatuh di tangga. Menurut rakannya, murid ini berlari menuju ke tandas. Sampai di tempat kejadian, iaitu semasa menuruni tangga, beliau tersalah langkah dan terjatuh beberapa anak tangga. Akibatnya, beliau mengadu sakit di tangan. 

Beliau dibawa ke bilik guru dan ramai guru mengatakan bahawa tangan murid nie sudah bengkak. Kami meminta seorang guru lelaki untuk membalut tangan beliau sebelum dihantar ke hospital. Kancil dan seorang guru lelaki bertanggungjawab menghantar murid tersebut ke hospital. Sebenarnya, bukan tugas Kancil sebab bukan bertugas pada minggu tersebut. Tetapi rakan guru tiada kenderaan dan beliau meminta tolong dengan Kancil.

Larangan dan teguran sudah dibuat kepada semua murid agar tidak berlari di kawasan sekolah. Namun seperti mencurah air ke daun keladi. Tiada penyesalan kepada budak - budak nie. Nasib juga bapa murid nie tidak menyalahkan pihak sekolah seperti kes - kes sebelum ini. Ada ibu bapa menyalahkan pihak sekolah atas kelalaian anak mereka sendiri. Mereka menuduh pihak sekolah tidak menjaga keselamatan anak mereka. Tak kan guru mahu temankan anak mereka ke tandas dan membiarkan berpuluh - puluh di dalam kelas.

Ada kes lagi, ibu bapa menyaman guru kerana memberi ubat sapu yang salah (padahal ubat kuning je). Sehingga kini, jika ada murid yang berdarah tiada seorang guru yang akan membersihkan luka murid tersebut. Bimbang kena saman..Kesan dari itu pula, ada ibu bapa marah kerana membiarkan darah mengalir di luka anak mereka....susah kan? Buat salah tidak buat pun salah?

Kes hantar balik ke rumah pun ada ceritanya. Seorang guru pernah menghantar murid yang tidak sihat ke rumah. Sampai di rumah, guru tersebut dimarahi oleh mak budak tersebut kerana memaksa anaknya balik ke rumah. Padahal anaknya tidak sihat. Kan sesuai duduk di rumah sahaja. Ada cerita lagi, ibu bapa memaksa guru menghantar anak mereka ke rumah. Macam pula guru nie tiada kerja...itulah risiko kami sebagai guru. Buat Salah Tidak Buat Salah.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

smbotak said...

dilema jugak tu. sepatutnya, ibu bapa ni serahkan urusan mendidik anak masa waktu sekolah kepada cikgu. nak rotan, nak cubit, nak marah terpulang pada budi bicara cikgu. bila kat rumah baru la ibu bapa ambik alih.

Zul Fattah said...

ha.. betul la tu.. mesti kes patah tgan ni..
apa2 yg berlaku, slalu ckgu yg d persalahkan.. padahal murid yg cuai..

nico nabiela said...

ibu bapa zaman kini amat manjakan anak!!klau dulu mak siap bagi rotan kat cikgu..kini cikgu rotan anak murid dah kena saman!!!sabarlah wahai cikgu a.k.a kancil...

3no gr33ny said...

budak umur sebegini memang tak makan dek saman..tegurlah macam mana pun..huhu

:: Mrs.Eady :: said...

Susah jadi cikgu ni...

Amanina Mads said...

kesian pulak bdk ni..nasib baik kancil sudi hantarkan ke hospital.

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil..alahai kesian nyer nape lari2 dik kan dah luka ni...:)

Cik Itah@Rama Rama Pendek said...

tulah kan..kadang-kadang susah jugak macam tu. buat salah tak buat pun salah. entah apa yang betulnya huhu

Kesuma Angsana said...

ok mcm tu ke.. tabik spring pada guru2 yang ikhlas ni !

siti ZAHARA said...

tak tahula kadang2 pelik juga dgn segelintir ibu bapa ni..hmm..harus saling memahamikn sebenarnya..sabarlah dgn tanggunjawap ni..

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...kancil,

macam nie lah asam garam cikgu kan..buat baik salah,,,buat jahat lagi..mmg x dinafikan kerjaya cikgu mencabar, x mcam cikgu dulu2 kan,,,

mselim3

pls: kekadang kerusi patah pn cikgu yang tolong tukang kan,,,,hehehe

Sakura Sue said...

Kesian kat guru guru skrg ni.. mencabar sggh nk layan karenah murid n ibu bapa skrg.

fairus said...

MACAM2 TUGAS GURU SEKARANG.. KESIAN KAU..

Kancil 8349 said...

Smbotak : apabila menganggap diri mereka hebat daripada guru...

Zul Fattah : tulah bah...kesian guru nie

Nico : terima kasih...kami akan hadapi dengan penuh sabar

3no : betul tu

Mrs Eady : betul tu..nampak senang tapi derita lebih sebenarnya

Amanina : kebetulan free masa tu

Mas Zull : Waalaikumsalam mama, tulah bah...ditegur tetapi bebudak

Cik Itah : kami guru nie keliru

Kesuma : terima kasih

Siti Zahara : terima kasih

Mohd Selim : Waalaikumsalam, betul tu...ditambah dengan beban kerja yang semua online..bukan jadi tukang kayu, jadi hakim, pemandu, tukang jahit, pakar motivasi, pengawal keselamatan dan banyak lagi

Sakura : betul tu

Fairus : hehehe...memang kesian kan...tapi nielah minat kami...

Aida Ismail said...

Kesiannya. Macam2 dugaan jadi cikgu ni kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...