Rakan Blogger

Friday, August 23, 2013

Ketua Pengawas UPSR Buat Kali Kedua

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Untuk tahun kedua sejak 3 tahun bergelar guru, Kancil sekali lagi terpilih untuk menjadi Ketua Pengawas UPSR. Memang di luar sangka. Mengapa tidak? Orang yang memegang jawatan Ketua Pengawas perlu ada pengalaman menjadi pengawas biasa.Tapi Kancil nie tidak ada pengalaman langsung melainkan menjadi pengawas exam PJJ untuk UTM di KYS beberapa tahun lalu.

Kancil akui, ramai rakan guru tidak mahu mengambil sebagai pengawas UPSR kerana risikonya tetap besar. Ini kerana, kes menipu ketika exam sering kali berlaku di beberapa buah sekolah. Jika, pengawas yang menjaga dan membiarkan kes ini berlaku, pengawas tersebut diberikan dua kata putus, diturunkan gred atau dibuang kerja. Kalau plak pengawas mengambil tindakan, terlalu banyak perkara perlu dibuat.

Tahun lalu sahaja, negeri Sabah berada di tempat pertama dalam kes salah laku ketika menghadapi peperiksaan UPSR dan diikuti oleh negeri Kelantan. Melihat bilangan kes, membuatkan Kancil rasa bimbang dan gerun. Tapi Kancil kena rahsiakan bilangan kes tersebut. Oleh itu, Ketua Penyelia Peperiksaan telah memberi pesanan agar tiada lagi kes seperti ini berlaku di daerah Tawau. Beliau percaya kepada semua Ketua Pengawas akan menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah.

Tahun ini, Kancil akan menjaga sekolah yang jauh dari bandar dan jaraknya 50 km. Berbanding tahun lalu 30 km je dari bandar. Alhamdulillah, Kancil masih berada di tanah besar. Jika ditempatkan di pulau, mati kutu Kancil di sana. Kawasan yang agak jauh adalah SK Ulu Kalabakan, Kancil sendiri belum pernah lagi ke sana. Risiko pun besar kerana melalui jalan yang dipenuhi oleh lori - lori besar. Bilangan muridnya 63 orang, tahun lalu 16 orang je...Sekolah yang paling ramai bilangan murid yang menghadapi peperiksaan adalah SK Titingan dan SK Taman Tawau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

9 comments:

Kesuma Angsana said...

doakan yg terbaik untuk kancil yer !

smbotak said...

bro, kali ni kena buat muka garang sikit. baru budak2 kecut nak menipu. dan cuba bawak rotan panjang satu depa...

nico nabiela said...

Semoga ia akn berjalan dgn lancar & good luck kancil..

Aisy Nasiha said...

Tahniah....bagus kerja kancil..tu yg diberi kepercayaan lagi sekali...selamat bertugas

Zira Aziz said...

..sy pn kne jd pngawas UPSR..tp pngawas je, bukan ketua pengawas cm kancil..1st time ni :P

fairus said...

TAHNIAH BRO.. BUAT KERJA SEHABIS BAIK.. JADIKAN PEKERJAAN SEBAGAI SATU IBADAH..

fairus said...

TAHNIAH BRO.. BUAT KERJA SEHABIS BAIK.. JADIKAN PEKERJAAN SEBAGAI SATU IBADAH..

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sakura Sue said...

Wow. Tggjwb yg besar tu kancil. Good luck! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...