Assalamualaikum dan Salam
Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua
rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Entri sebelum nie Kancil bawa kalian ke gereja dan tokong di atas bukit. Kali ini Kancil akan bawa kalian ke tempat sejarah yang berkaitan antara Malaysia, Australia, England dan Jepun. Sebut je Jepun pastinya korang akan taw sejarah mengenainya. Kerajaan Jepun pernah mengegarkan dunia dengan menakluk separuh Benua Asia.
Kini ia tinggal sejarah.
Sejarah yang kebanyakan generasi kita tidak merasai kepahitan dan keperitan
yang dialami pada zaman tersebut. Malah menganggap ia satu mimpi orang – orang tua.
Jika kita berada di tempat nie pastinya korang merasa sesuatu dan mengalaminya
sendiri. Kancil sendiri pun hampir menitiskan air mata membaca beberapa artikel
mengenainya.
Taman Peringatan Sandakan
merupakan taman peringatan bagi para tawanan perang Dunia Kedua yang menderita
dan terkorban di sini mahupun dalam Kawat Maut dan di Ranau. Selain itu menghargai
pengorbanan dan penderitaan orang – orang tempatan yang telah membantu para
tawanan. Para tawanan ini merupakan askar – askar British dan Australia yang
telah mempertahankan Singapura pada tahun 1942.
Para tawanan ini telah
dipaksa membina sebuah landasan kapal terbang dari bulan Januari 1942 hingga
Jun 1945. Seramai 2500 orang tawanan berada di kem tawanan perang ini. Pada
penghujung Perang Dunia Kedua, lebih 1000 orang tawanan telah dipaksa melakukan
Kawad Maut sejauh 260 km dari Sandakan ke Ranau. Dalam kawad maut tersebut
hanya 6 orang tawanan sahaja yang terselamat. Mereka telah dibantu oleh
penduduk tempatan termasuk seorang kanak – kanak perempuan yang telah menggadai
nyawa mereka sendiri.
Gambar ini merupakan
pemandangan pintu masuk ke taman peringatan tersebut. Cukup cantik dan indah
dan seperti ada kesedihan di dalam taman tersebut. Walaupun sudah 70 tahun
berlalu, kesan penjajahan tersebut masih terasa. Seperti Kancil merasa
keperitan yang dialami para tawanan di sini. Gambar sebelah kiri merupakan
Dandang yang masih kukuh dan merupakan bahagian yang tertinggal dari sebuah
alternator. Ia adalah sebahagian loji janakuasa elektrik untuk Kem Tawanan
Perang.
Gambar di sebelah kiri merupakan mesin
penggali parit yang digunakan oleh Pihak Jepun dalam membina Lapangan Terbang
Udara. Tetapi telah disabotaj oleh seorang tawanan. Ia tidak pernah lagi
bergerak dari tempatnya. Merupakan sebuah traktor Fordson. Masih kuat lagi jika kita lihat.
Gambar di sebelah kanan merupakan pelan Kem
Tawanan Perang Sandakan. Jika rakan blogger lihat dekat perkataan POW, di situ
ada pokok besar yang dikenali sebagai The Big Tree. Di sinilah para tawanan
berehat dan yang sakit berteduh. Malah ada yang menyimpan barang – barang peribadi
mereka sekitar kawasan tersebut. Ada yang mengatakan ia sebagai simbol
kehidupan dan semangat untuk hidup. Namun, pokok ini telah ditumbang atas sebab
– sebab tertentu. Untuk makluman, Kem Tawanan Perang ini pernah di bom oleh
tentera bersekutu. Hanya The Big Tree yang kekal berdiri. Pada ketika itu, para
tawanan telah bergerak ke Ranau.
Gambar di atas sebelah kiri merupakan
pemandangan Bandar Sandakan sebelum Perang Dunia kedua. Disinilah pusat
pentadbiran North Borneo Company. Gambar di sebelah kanannya adalah keadaan Bandar
selepas dibom oleh Jepun. Itulah sebahagian cerita yang Kancil dapat kongsikan
dengan rakan blogger. Berharap, jika ada rakan blogger ingin bercuti ke Sabah,
singgahlah sebentar ke Sandakan.
Terima kasih kerana sudi membaca
dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
13 comments:
Hari ni terbaca buku sejarah pulak..hehe..thx kancil info yg sgt menarik ;)
banyak jugak tempat menarik di sandakan ni ye..Bagus juga tempat2 macam ni sebagai peringatan
seriously, belajar tentang sejarah mmg best.. byk pengetahuan yng kita sendiri tak tahu kewujudannyakan? hehe kancil, shakira dtg nak ajak berpantun.. jom! bleh mng hadiah, tak pyh susah2 buat entry.. jom kancil!
http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/09/segmen-komen-berpantun-by-shakira.html
rasa mcm masuk blog sejarah plak.. anyway tq kancil for the sharing.. Queen pun suka oergi ke tempat2 sejarah mcm ni..
BANYAK JUGAK TEMPAT BERSEJARAH DI SANA.. MENARIK..
mng suka tngok tempat2 bersejarah ni..dari situ kita dapat mempelajari dan mengetahuinya..
trgn nk pergi.. huhu
boleh rujuk sini..bila tak tahu mengenai sandakan...
pergh hanya 6 orang je terselamat.. extreme nyee.. kejam tol..
cantik tempat ni kan.. Teringin nak pergi juga.
Nico : terima kasih kerana sudi membaca
Memmentlenggeng : betul tu...sebab itu Kancil menggelarkannya bandar bersejarah
Nurshakira : terima kasih atas jemputan anda...
Queen : terima kasih kerana sudi membaca
Fairus : betul tu geng
Siti Zahara : betul tu...
Lady : jomlah pergi
Knor : terima kasih
Hassy : macam tulah keadaannya..hanya 4 orang yang masih hidup sehingga kini
Pokok Manggis : jomlah pergi ke sini
assalamualaikum kancil...wah seronoknya bercuti ke sini...:)
info yg menarik tentang daerah sandakan ya.. kwn ada disana menjadi polis
Post a Comment