Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Agak lama Kancil ndak cerita pasal badminton di ruang. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil selalu bermain badminton dengan blogger Gen2Merah dan blogger Ohsenyum. Sudah masuk tahun kedua kami bermain bersama. Lepas main badminton kami akan bercerita pasal blog masing - masing.
Kancil sendiri tidak ingat bila Kancil cerita mengenai badminton. Memang lama. Apapun, setiap hari Selasa dan Jumaat malamnya, kami akan berjumpa di kompleks sukan Tawau. Kami menyewa gelanggang badminton setiap bulan. Dulunya Kancil seorang je dari sekolah Kancil. Kini, ada sudah rakan sejawatan yang sudi ikut serta. Maka, bertambah ramai bilangan kami. Kalau tidak silap 10 orang yang bermain.
Kalau cerita pasal kehebatan bermain, Kancillah yang paling teruk. Masih jauh ketinggalan dengan kehebatan rakan - rakan Kancil. Mahu buat macam mana, tangan kiri Kancil pernah mengalami kecederaan sewaktu kemalangan motorsikal pada tahun 2005 di Lebuhraya Klang Lama. Apapun, Kancil tetap bermain kerana menganggap ia sebagai satu cara untuk menjaga kesihatan diri.
Berbeza dengan rakan - rakan Kancil yang hebat, mereka sentiasa berusaha untuk menunjukkan kehebatan dan skill baharu sesama mereka Pasti ada yang berubah. Berbanding dengan Kancil, memakan masa yang lama untuk mengejar. Tapi dalam proses pembelajaran, satu ilmu tu tidak akan dapat terus masuk ke otak jika tidak diulangkaji. So, perlahan - lahanlah Kancil merangkak.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349






















