Rakan Blogger

Thursday, September 20, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah 2012 Daerah Tawau #1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dua minggu lalu, 11 orang guru kaunseling sekolah rendah daerah Tawau yang terpilih telah menghadirkan diri dalam mesyuarat dan taklimat program Hati Ke Hati. Beberapa kali perjumpaan dibuat, akhirnya mendapat keputusan yang menarik. Maka pada hari Selasa, 18 hb 09 2012, program nie bermula dengan menghimpunkan 59 buah sekolah daerah Tawau.

Penyertaan adalah seramai 80 orang murid perempuan dan 57 orang guru pengiring. Hanya dua buah sekolah yang menarik diri daripada menyertai program ini. Program in berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih. 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid perempuan tentang kehormatan diri dan seksualiti (menghargai tubuh badan). Di akhir program ini, berharap para peserta dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai harga diri serta menjaga dan mempertahankan maruah diri dalam kehidupan seharian.

Kancil terlibat sebagai AJK Kerja dalam program tersebut. Malah dilantik sebagai Fasilitator dalam LDK 1 dalam program ini. Dalam program ini terdapat 3 LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Acara ini bermula pada pukul 2 petang dengan slot pendaftaran. Kancil juga terlibat di dalam ajk pendaftaran.

Jom kita lihat beberapa gambar yang sempat Kancil ambil semasa program pada hari pertama :


 Mendengar taklimat daripada Kem Kom dan Murid - murid perempuan selesai solat berjemaah


Menunggu arahan dan aktiviti Ice Breaking


Pengarah program Cikgu Hajah Safiah dan guru - guru AJK Kerja


Beberapa aktiviti yang dibuat dalam aktiviti Ice Breaking


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

7 comments:

Remy hazza said...

bagus xtvt program nie kancil... penyedaran dari peringkat akar umbi....
dunia sekarang penuh dengan dugaan.....

Everything's Everythings said...

Betul tu, kanak2 dia punya curiousity mmg tinggi, so sejak kecil2 lagi kita kena dedahkan dgn benda2 mcm ni supaya mereka tak terikut utk buat benda2 yg tak elok, nauzubillah..

dee said...

erm.. kalau di semenanjung, tetiap tahun dia brainwash student ppuan. -___-"
eh, tu kan maksud program ni? heee... :)

Eca Dwinky Asha said...

wah..mcm ne best.ada je xtvt.

fairus said...

WAH MERIAH.. BAGUS.. BAGUS..

KY said...

baguskan, kalau adakan aktiviti begini, anak2 pun suka

maszull said...

assalamualaikum kancil...seronoknya kanak2 tu ada xtvt mcm ni...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...