Rakan Blogger

Thursday, September 27, 2012

Minggu Tahun 6 SK St Patrick Tawau 2012

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Asal sahaja selesai peperiksaan UPSR, maka guru - guru tahun 6 berhempas pulas pula untuk mencari aktiviti bagi mengisi kekosongan masa murid - murid tahun 6. Setelah penat berperang akhirnya mereka perlukan rehat dan guru - guru plak yang berusaha untuk mengisi rehat mereka dengan pelbagai aktiviti. Walaupun Kancil bukan guru tahun 6 namun secara tidak langsung Kancil terlibat dalam aktiviti tersebut. Biasalah guru bimbingan nie...serba boleh.

Program Minggu Tahun 6 telah dirancang sebelum peperiksaan UPSR bermula lagi. Ini memudahkan kepada pihak guru untuk mengatur masa mereka. Lagi pun, guru - guru tahun 6 nie bukan sahaja mengajar tahun 6 malah ada yang mengajar tahun 4 dan 5. So, walaupun anak murid sudah tidak belajar namun tugas guru tetap diteruskan. Berbalik pada program minggu tahun 6, pelbagai acara telah dicadangkan. Antaranya perlawanan bola sepak lelaki / perempuan, tarik tali lelaki / perempuan dan perlawanan persahabatan antara murid tahun 6 dengan guru - guru sekolah.

Menarik bukan...masa nielah yang paling sesuai. Kerana sebelum ini penat dengan mengulangkaji matapelajaran. Kancil diberi tanggungjawab untuk mengatur perlawanan tarik tali lelaki dan perempuan dan membuat aktiviti permainan minda. Kalau ikutkan cadangan, slot untuk Kancil diberikan hanya 3 hari. Tetapi sukan sekolah akan bermula dalam 2 minggu akan datang. Maka slot Kancil dikurangkan kepada 1 hari. Kena akur kerana orang lain pun mahu buat aktiviti...hehehe

Bila melihat gelagat murid - murid tahun 6...teringat masa tahun 6 sekitar tahun 1993 di SK Pekan 1 Lahad Datu. Kancil tidak aktif dalam mana - mana aktiviti...bukan malas tetapi tiada kemahiran pun. Main bola sepak pun ndak pandai. Hehehe...tu time sekolah rendah. Kancil ndak dapat tunjukkan gambar kerana terlalu ghairah melihat anak murid bermain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

12 comments:

SAR said...

dalam lelah mengajar, pasti ada sudut yg buat para guru tersenyum.

nampak seronok menjadi tenaga pengajar kan? :)

teratak hati said...

Bagus la aktiviti camtu..lepas diorang penat bljr utk upsr kn..

maszull said...

assalamualaikum kancil....pasti anak2 murid semua sukakan dgn xtvt ini...:)

Everything's Everythings said...

Bestnya.. ingat lagi dulu waktu tak belajar pun rajin dtg class sebab main mcm2 permainan ;D
termasuklah saidina, chess dan sbgainya xD

khairul said...

xtvt yg baguih ni Kancil

Kesuma Angsana said...

bkn mudahnyer tugas seorang guru tu! respek sgt2!

dee said...

lepas habis upsr, saya mainnnnnnnn dengan kawan kawan. makan dalam kelas. hehehe :p

btw, emel : tulipComel90@gmail.com

terima kasih! :)

etuza said...

tahun 6 di sekolah saya membuat kebun, mini kebun...seronok nampaknya mereka bersama guru2 tahun 6.

Remy hazza said...

busynyer kancil dgn pelbagai xtvt.
harap semuanya berjaya nanti...

dwaty said...

dah lama tak tengok sukaneka budak2 sekolah...

p/s: rindu mau p tawau... huhuhu

3no gr33ny said...

inilah waktu mereka berehat sepenuhnya dek naik sahaja ke sekolah menengah..mereka tidak akan ada lagi peluang sebgini

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di entri kancil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...