Rakan Blogger

Thursday, September 13, 2012

Jumpa Lagi UPSR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil memohon maaf kerana belum sempat untuk membalas kunjungan rakan blogger. Insya Allah jika selesai program sekolah dan pejabat, Kancil akan mengunjungi blog kalian. Buat masa nie, Kancil mampu membuat entri pendek je. Cerita mengenai pengalaman yang dilalui oleh Kancil sendiri.

3 hari merupakan masa yang singkat namun yang merasai kehangatan UPSR, rasanya macam bertahun lamanya. Bagi murid, merekalah yang terasa sangat sebenarnya. Guru pun terlibat sama...risau keputusan anak didik mereka. Sebelum peperiksaan bermula pada setiap pagi, guru - guru setiap sekolah sempat memberi motivasi dan kata - kata semangat untuk mereka. Malah sempat juga memberi tips untuk menjawab soalan.

Tepat pada pukul 4 petang tadi, selesailah UPSR. Maka terdengarlah jeritan - jeritan anak muda kita...MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Mereka terasa teruja kerana beban yang dipikul sebelum ini sudah tiada. Namun tidak bagi guru...selagi keputusan belum diumumkan selagi itu mereka masih bimbang dan risau. Bagi Kancil pula, ini merupakan tahun pertama Kancil menjadi pengawas UPSR.

Serba sedikit, Kancil dapat sedikit pengalaman dan panduan di dalam dunia pendidikan. Bila kita bergaul dengan guru lain di dalam dearah sendiri...kita akan dapat tahu pandangan dan tanggapan mereka terhadap sekolah kita. Sudut pandangan dari guru sekolah lain. Melalui perbincangan, mungkin kita boleh memperbaiki kesilapan yang tidak disedari oleh kita sendiri.

Tahun depan, Kancil tetap dipilih sebagai pengawas UPSR...so Kancil akan bertemu lagi. Tapi Kancil tidak pasti sekolah dan kawasan mana yang bakal Kancil akan jaga....Jika Merotai lagi, alhamdulillah...sebelah Balung atau Bandar pun masih ok...tapi bila sudah di pulau Sebatik..macam berfikir dua kali...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

KY said...

Alhamdulillah....semoga mereka sabar menanti keputusannya, memang merdekalah mereka sekarang

Syazwan Che Deraman said...

ada yang meniru tak?

fairus said...

SYABAS BRO.. TAHUN DEPAN BUAT YANG TERBAIK..

fairus said...

SYABAS BRO.. TAHUN DEPAN BUAT YANG TERBAIK..

Everything's Everythings said...

Oh bestnya dpt pengalaman jadi pengawas peperiksaan ;D
ad benda2 yg menarik tak berlaku sepanjang 3 hari tu?

3no gr33ny said...

tak sabar rasanya menanti cerita dari pengawas UPSR =)

Remy hazza said...

akhirnya selesai juga... semoga anak2 murid kancil berjaya nanti... kita doakan yg terbaik buat mereka....

ஜ miss klanika ஜ said...

budak upsr dah merdeka ye.

fizafantagirO said...

hihi tiba2 fiza teringat zaman fiza upsr dulu .. :p

aizamia3 said...

teringat masa UPSR dulu.. mesti dapat dalam dewan utama kat sekolah.. ;)

khairul said...

anak sy pon amik UPSR thn ni..harap2 berjaya lah

dee said...

teringin nak jaga exam. hihihihi

maszull said...

assalamualaikum kancil...alhamdullilah akhirnya habis sudah UPSR bagi tahun ni yer moga mereka akan berjaya hendaknya...:)

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen di blog Kancil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...