Rakan Blogger

Wednesday, September 26, 2012

Program Hati Ke Hari Peringkat Negeri Sabah Daerah Tawau 2012 # 3

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Macam terabai sedikit blog Kancil nie, malah kunjungan rakan blogger pun dah kurang...huhuhuhu...namun ndak mengapa...Kancil akui. Masa nie Kancil sibuk dengan kerja di sekolah. Ndak banyak tangan mahu menguruskannya. Insya Allah...jika ada kelapangan. Kancil tetap membalas kunjungan rakan blogger. Cuma memohon kalian memahami tugas Kancil sebagai guru. Lebih - lebih Kancil telah diminta untuk menggantikan tempat guru yang pergi haji.


Antara wajah - wajah guru pengiring daripada 54 buah sekolah

Berbalik pada program Hati - Hati. 20hb 9 merupakan hari penutup pada program tersebut. Masa nielah, AJK kerja berhempas pulas untuk membuat persiapan akhir. Alhamdulillah, Tuan Haji Herman Bin Kuraga, banyak membantu dan beliau memang seorang ringan tulang. Korang fikirlah, hanya 11 orang je AJK kerja...mengurus 80 orang murid dan 54 orang guru pengiring dan guru - guru besar. Memang susah nak digambarkan. Namun...dapat diurus dengan baik.

Majlis dirasmikan oleh Encik Vea Sarima, wakil PPD Tawau. Dalam ucapan beliau, beliau memuji Majlis Kaunselor Sekolah Rendah Daerah Tawau kerana berjaya melaksanakan program besar dalam masa yang singkat dengan kekuatan 11 orang AJK kerja. Lebih - lebih lagi memuji kerana dapat mengurus program ini yang mana pesertanya adalah perempuan sekolah rendah. Dalam majlis ini, terdapat dua persembahan iaitu persembahan koir daripada peserta program dan persembahan silap mata daripada Cikgu Abdullah SK Perdana Tawau.


Tepat pada pukul 12 tengahari, program hati ke hati menutup tirainya. Semua murid kembali ke sekolah masing - masing begitu juga tetamu yang datang pada hari itu, Bagi AJK kerja, masih ada kerja belum selesai. Tempat yang digunakan mesti dibersihkan dan dikemas segala peralatan dan barang milik PPD mahupun persendirian. Kali nie, kami mengucapkan tahniah sesama kami di atas kejayaan kami pada hari nie. Yang pastinya, program PERASA akan menyusul dan tenaga, idea dan masa kami akan diperlukan pada program tersebut.


AJK Kerja...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


14 comments:

khairul said...

tak mengapa Kancil..tumpukan pd kerja dulu..lepas tu baru blogging

maszull said...

assalamualaikum kancil...x pe la kancil itulah tugas seorang guru yg baik kan..:)

:: Mrs.Eady :: said...

assalammualaikum cikgu :)

Remy hazza said...

salam kancil.... berbakti kepada ank bangsa lebih diutamakan....
blogging tu boleh dikemudiankan....

QueeN TerataI said...

skrg ni kena dahulukan apa yg lbh penting kancil.. psl blog ni bila2 bole come backkan...

fairus said...

TAHNIAH CIKGU UMRAH.. TERBAIKLAH..

Knor said...

dulukan kerja cikgu..nti kalau berblog aje...kesian anak2 murid.

Nafisya Ismail said...

saya dtg melawat cikgu kancil disini :)

fizafantagirO said...

sama la kita cikgu , agak terbiar sikit blog sejak2 jd student ni .

eintan nurfuzie said...

CIK EN PUN BZ.. BLOG PUN DAH BERHABUK..HUHUHU

KY said...

utamakan kerja kita dulu, itu tanggungjawab penting, semoga kancil sihat2 aja...

baguznet said...

walau apa pun, tahniah kepada cikgu kerana mampu menggalas tugas dengan baik!

etuza said...

tahniah, program yang sangat bagus ni Kancil. Blog berinfo.

3no gr33ny said...

hamba faham akan kerja sahabat dek hamba juga sibuk belakangan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...