Rakan Blogger

Monday, October 15, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 49

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Beberapa hari nie Kancil menyepi. Sepi kerana sibuk dengan pelbagai acara di sekolah. Tahu - tahulah korang, akhir tahun nie memang sibuk dengan pelbagai acara. Berbanding dengan awal tahun. Kancil tidak sesibuk pada akhir tahun nie. Apapun, jika ada peluang Kancil akan update entri Kancil. 


Gambar di atas merupakan kabin atau Surau Kecil yang disediakan oleh penduduk Batu Payong, Tawau. Ini merupakan ikhsan penduduk kampung sendiri. Kreatif kan...Kancil pada mulanya menyangka ia tempat berehat untuk penduduk. Rupanya tempat bersolat. Bukan tiada surau atau masjid di kampung ini...ada..

Kemungkinan surau kecil ini dibuat untuk para pengunjung yang datang berkelah di kawasan pantai Batu Payong. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Batu Payong merupakan tempat bersantai yang paling ideal di Tawau. Kerana kawasan ini merupakan satu - satu kawasan yang mempunyai pantai berpasir dan jarak perjalanan hanya 20 km sahaja dari bandar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


17 comments:

Knor said...

oh surau alhamdulillah...

nak tya mana menghilangnya kawan kancil gen2 merah tu..

LadyBird said...

kecik.. tp comel..

Kesuma Angsana said...

wah bagusnyer cukup kreatifkan

Aishah Jahirah said...

unik dan comel.....

fairus said...

YANG PENTING IANYA DIPANTAU.. JANGAN DISALAH GUNA SEBAGAI TEMPAT MELEPASKAN NAFSU SYAHWAT SUDAH...

Wak Gelas™ said...

timekaseh jugakla singgah komen2 blog wak yg X sbrape tuuu.. ehheeeE

QueeN TerataI said...

samalah kita kancil... on and off update blog.. bz pun yer.. kesihatan yg on and off pun yer.. :)

comel sungguh surau ni yer...

Iffah Afeefah said...

ohh surau ke?

ingtkan pe

kecil tul

Remy hazza said...

kan betul remy kata..... padahal... klik gambar kasi besar nampak tertulis surau......
bagus penduduk kat situ......
kreatif dan yg paling penting.... menggalakkan semua beribadat.....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

cantik surau ni.. comel dah kecil aje.. boleh muat berapa orang yea sekali masuk..

baguznet said...

owh... surau rupanya... baguz juga ideanya ini...

maszull said...

assalamualaikum kancil...memang bagus kan disediakan tempat utk bersolat ini...;)

Nafisya Ismail said...

salam kancil... ohh surau kecik rupanya tuh... hehe

KY said...

ini baru pertama kali KY tengok

3no gr33ny said...

baguslah masih ada yang mementingkan perihal agama..alhamdulillah =)

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...