Rakan Blogger

Tuesday, October 30, 2012

Program RIMUP Peringkat Negeri Sabah 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sunyi lagi blog Kancil nie...begitu juga meja di sekolah Kancil...sunyi ndak ada orang. Mana tidaknya, Kancil sentiasa terlibat dengan aktiviti luar sekolah dan Kancil terasa macam lama ndak berada di sekolah. Kawan - kawan pun sudah bertanya ke mana Kancil menghilang. Apapun, tulah tugas dan rutin sebenar guru di sekolah. Lebih - lebih lagi nie sibuk menanda kertas peperiksaan dan key in data di SAPS.

Minggu lalu, Kancil terlibat dengan program anjuran PPD Tawau iaitu RIMUP. Ada rakan blogger yang bertanya apa tu RIMUP. RIMUP adalah singkatan bagi perkataan Rancangan Intregrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia merupakan landasan terbaik untuk menyemai rasa kasih sayang di antara murid yang berlainan kaum dan agama bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka.

Tahun ini, SJK (C) Yuk Chin menjadi tuan rumah bagi Program RIMUP peringkat Negeri Sabah. Dan hanya sekolah tertentu sahaja yang dipilih bagi menyertai RIMUP. Sekolah yang berdekatan dengan SJK (C) Yuk Chin. Sekolah Kancil pun terpilih dan meminta 10 orang murid untuk menyertai program ini. Namun disebabkan sekolah Kancil sedang menjalankan peperiksaan, Kancil sendiri menolaknya dan memberi kepada sekolah lain untuk menghantar wakil. Seramai 100 orang murid yang menyertai program RIMUP ini.

Alhamdulillah, sepanjang program ini berjalan tiada masalah yang kami hadapi. Ia berjalan seperti yang dirancang. Program RIMUP ini melibatkan aktiviti sukan permainan tradisional sahaja. Ini yang diputuskan oleh AJK Pelaksana RIMUP 2012. Kancil dipilih menjadi AJK Pendaftaran, AJK Slot Pertama dan AJK Aktiviti bagi Slot Keretapi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Keretapi, Hantu Kaki, Galah Panjang, Tukar Kasut, Monyet - Monyet, Belon dan Bowling Kelapa.

Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil. Sorilah, Kancil ndak dapat ambil semua sebab Kancil bertugas sebagai AJK Aktiviti ketika program berjalan.








Majlis penutupan RIMUP telah dirasmikan oleh wakil PPD Tawau Tuan Haji Herman Bin Kuraga, Pengawai Khas Anti Dadah dan Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Tawau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

28 comments:

miss yatie said...

sibukkan kerja guru, kerna itu kami sentiasa menghargai penat lelah guru, semoga kancil sihat2 aja walaupun dlm kesibukkan

wakgelas said...

sunguh meriah macam biasa kat sekolah tu kan cikgu.. ehhEee

Anonymous said...

meriahnyer ! cikgu2 juga yg penat ye, apapun tahniah pada cikgu2 yg menjayakan!

Aziela said...

Kancil tanda kertas peperiksaan? Ish, akak confuse. Dah jadi guru yer..? Sebab dulu Kancil kata bukan guru walaupun di sekolah. Tapi apa2 pun, seronok bila ada banyak aktiviti sekolah nie kan.

Unknown said...

meriah hidup kancil..... byk xtvt....... tapi kesihatan kancil kena jaga jugak tau!

fairus said...

sibuk bebenar kau ni.. apapun terbaik..

♥Nur Ayuni Khalib said...

rindu zaman-zaman sekolah tengok gambar-gambar sini.

Unknown said...

tahniah pd semua guru2 yg menjayakan program ini

ayut said...

RMIUP..permainan tradisional je ea...monyet-monyet?cane tu kancil men yer?1st time dgr...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus-bagus aktif dengan aktiviti sekolah. Best juga join2 aktiviti macam ni kan. :-)

maszull said...

assalamualaikum kancil...banyak sungguh xtvt kancil semakin nak cuti ada saja xtvt yg perlu dilaksanakan...:)

mselim3 said...

guru nie kerja murni...x terbalas saya akan jasa2 cikgu,,,Tahniah kancil minat bidang cikgu,,,mendidik anak bangsa jadi insan berguna di dunia dan akhirat...amin,
Moga usaha murni ini ada kebaikannya...

ajax85 said...

sian cikgu tapi selamat berusaha.hehehe

Unknown said...

siapa kata jd cikgu senang dan mudah kan? aktif betul kancil ni kan...

Kancil 8349 said...

KY :

terima kasih menghargai kami sebagai warga guru...

Kancil 8349 said...

Wak Gelas :

memang meriah

Kancil 8349 said...

Kesuma :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Aziela :

Kancil ndak terlibat dengan menanda kertas peperiksaan...sebab kancil bukan guru akademik...cuma guru bimbingan je...terima kasih

Kancil 8349 said...

Remy :

terima kasih...tulah tugas Kancil di akhir tahun...awal tahun je biasa2

Kancil 8349 said...

Fairus :

terima kasih geng...

Kancil 8349 said...

Ayuni :

mesti mahu kembali ke zaman sekolah nie kan?

Kancil 8349 said...

Khairul :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Ayut :

sebenarnya ada banyak lagi..cuma kami pilih yang mudah je...monyet - monyet nie begini permainannya...ada dua kumpulan...kumpulan satu di luar buat bulatan dan kumpulan satu lagi di dalam bulatan...kumpulan luar memegang bola dan melontar sesama rakan mereka dan bila bola tersebut disentuh oleh lawan...maka pasukan luar kalah...

Kancil 8349 said...

Pokok :

memang best tapi kerja di sekolah terabai plak

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama, tulah mama..kerja kena dilaksanakan...kami yang menurut perintah

Kancil 8349 said...

Mselim3 :

terima kasih kerana menghargai kami...Aamiin

Kancil 8349 said...

Man :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Queen :

bukan senang kerjanya...terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...