Rakan Blogger

Tuesday, December 4, 2012

10 Jam Pergi Dan 12 Jam Kembali

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga ndak buat entri terbaharu daripada Kancil. Sibuk dengan pelbagai aktiviti keluarga dan sekolah. Walaupun cuti sekolah, tetapi Kancil kena datang untuk selesaikan beberapa perkara untuk tahun hadapan. Biasalah kerja guru...kena buat persiapan awal supaya tidak kena kritik.

Beberapa hari lalu, Kancil bercuti bersama keluarga Kancil ke Kota Kinabalu (KK), Ibu negeri Sabah. Ia terletak di pantai barat Sabah. Jarak perjalanan dari Tawau ke KK ialah 550 km. Sehari sebelum bergerak ke pantai barat. Kancil telah memeriksa kenderaan. Tengok apa yang patut untuk ditukar. Alhamdulillah tiada yang perlu ditukar.

Sehari sebelum bergerak, beberapa orang telah berpesan bahawa keadaan cuaca tidak baik sepanjang perjalanan. Lebih - lebih lagi ada satu kawasan yang telah hujan lebih 17 jam. Ini boleh membahayakan nyawa. Isteri Kancil dah takut dan minta kami tangguhkan perjalanan. Namun, Kancil tetap dengan keputusan sebab yakin tiada apa perkara yang perlu ditakutkan.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan okay sahaja. Walaupun awal pagi, bumi Tawau menerima hujan namun sampai ke bumi Kunak...cerah memanjang sehingga ke KK. Sehingga kulit bertambah gelap. Dalam perjalanan ke KK hampir 10 jam kami ambil masa. Kancil kena berhati - hati sebab kenderaan Kancil dah berusia 7 tahun. Takut ndak dapat menerima tekanan. Lagipun, tahun nie merupakan tahun terakhir kereta Kancil ini berjalan jauh. Tahun hadapan, insya Allah ada sudah temannya yang mana tugasnya hanya jalan jauh. Kereta Kancil nie hanya untuk ke sekolah.

Bila balik ke Tawau, 12 jam plak perjalanan kami. Mana tidaknya banyak betul singgah. Nama pun bercuti....hehehe...Untuk makluman rakan - rakan blogger, kelajuan kenderaan yang Kancil bawa adalah antara 70 hingga 80 kmsj...ndak laju bah. Utamakan keselamatan keluarga... Insya Allah Kancil akan kongsikan cerita Kancil dalam entri seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

25 comments:

Aishah Jahirah said...

10 jam...lama tu...had laju kena tgk keadaan jalan n bape had laju situ gak...kelajuan blh membunuh...

baguznet said...

Tahniah cikgu kerana sudah ada kereta khas untuk perjalanan jauh. Itu yg terbaik untuk keluarga cikgu

Donny Ien said...

Hai cikgu @ Kancil..

selamat bercuti di Kota Kinabalu, harap awak menikmati perjalanan disana.

21 Dis ini saya akan ke Sana juga untuk bercuti.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best jalan-jalan kat Kota kinabalu. :-)

p/s:Jemput join segmen pokok2u.

Kakzakie said...

Lamaya 10 jam. Kalau dari Semenanjung utk ke Jeddah pun tak sampai 10 jam tau... tapi itulah dek kerana utamakan keselamatan baik berhenti-berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan...

teratak hati said...

Lama tu 10-12 jam..saya balik kmpung dr johor ke pahang pun paling lama 8-9 jam..penat duk dlm kereta..

teratak hati said...

Lama tu 10-12 jam..saya balik kmpung dr johor ke pahang pun paling lama 8-9 jam..penat duk dlm kereta..

man said...

Jauhnya..xpe bawa slow2..hehe

ayut said...

mau sakit pinggang..huhuhu...xpela..singgah2x tu pon leh elak penat bwak kete kan... :)

fairus said...

HUJUNG MINGGU NI AKU KE PERLIS.. MELAKA - PERLIS, ENTAH BERAPA JAM AGAKNYA..

3no gr33ny said...

agak jauh juga yer..walau apa pun..yang penting keselamatan sahabat dan keluarga =)


p/s : sahabat Gen2Merah juga lama menyepi

Remy hazza said...

jauhnya perjalanan kancil..... remy bwk dua jam pun dah lenguh satu badan....... selamat bercuti kancil

etuza said...

sebab tu sepi ja blog ni kancil. Ok nak tunggu oleh2 dai kancil..pasti ada ilmu yang menarik..selamat kembali. Saya dan keluarga pula bakal ke Lahadatu..moga tiada aral..

Kancil 8349 said...

Aishah :

memang lama...lagipun berbukit bakau sebenarnya kawasan sabah nie...kena berhati2

Kancil 8349 said...

baguznet :

insya Allah...terima kasih

Kancil 8349 said...

Donny ;

selamat bercuti

Kancil 8349 said...

Pokok :

insya Allah kancil akan join

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

memang lama...kalau ikut nafsu...6 jam je tu

Kancil 8349 said...

teratak hati :

hehehe...apapun kena biasakan...

Kancil 8349 said...

Man :

tulah bah..

Kancil 8349 said...

Ayut :

pinggang ndak sakit tapi tulang belakang yang sakit...hehehe...memang akan singgah

Kancil 8349 said...

Fairus :

ndak lama juga tu geng...apa kerjamu ke sana tu

Kancil 8349 said...

3no :

terima kasih...

p/s ; cuti nie kurang jumpa Gen2Merah...masing2 sibuk

Kancil 8349 said...

Remy :

terima kasih remy...hehehe...selagi masih muda nie...berjalan2lah sepuasnya

Kancil 8349 said...

Etuza :

terima kasih...LD tu tempat Kancil membesar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...