Rakan Blogger

Monday, December 10, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah #1 : Majlis Khatam Al Quran Anjuran Keluarga Generasi Haji Hapil

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Program yang Kancil maksudkan sudah pun dilaksanakan pada bulan lalu. Namun ndak berkesempatan Kancil nak kongsikan cerita mengenainya.Program ini telah dirancang oleh sepupu - sepupu Kancil di Semporna...Malah Kancil telah dilantik sebagai timbalan pengerusi  di dalam program ini. Walaupun jarak Tawau dan Semporna 120 km, namun tidak menghalang untuk Kancil hadir ke program tersebut.

Sehari sebelum program tersebut bermula, Kancil lewat tiba...7 malam pada tarikh 14 November. Namun, sempat juga tengok tempat acara dibuat iaitu di masjid Kampung Ubian Semporna. Sepupu Kancil yang merangkap sebagai Pengerusi Program meminta Kancil untuk membuatkan dia teks ucapan pada hari esok. Memandangkan tugas timbalan ndak berat. Kancil pun buatlah sepertimana yang diminta.

Keesokan harinya, Kancil bersama sepupu Kancil menemui setiausaha program iaitu adik Kancil sendiri...bersama - sama beliau ialah bendahari program (sepupu jugalah) di masjid Kampung Ubian, Semporna. Kami berbincang sebelum acara bermula pada pukul 9 pagi. Pengerusi dan Timbalan hanya datang hadir sedangkan Bendahari dan Setiausaha yang berusaha untuk mempromosi program tersebut.

Mana tidaknya, mereka berada di Semporna, manakala kami di luar daerah Semporna, Sepupu Kancil (Pengerusi) kerja di Kunak dan Kancil di Tawau. Seramai 20 orang peserta yang terlibat dan kesemuanya ahli keluarga juga. Kancil pun terlibat sama dan merupakan peserta yang kedua belas...hehehe...untuk memenuhi ruang yang kosong.

Semasa program tersebut bermula, tiba - tiba sepupu Kancil meminta Kancil yang memberi ucapan di hadapan orang. Dia beri alasan bahawa dia segan. Memandangkan tidak mahu lewatkan masa, Kancil pun ambil tempat beliau. Lagipun Kancil sendiri yang buat teks ucapan tersebut.. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Jom kita lihat beberapa keping gambar semasa program tersebut.


 Antara pak cik - pak cik yang datang menyokong dan Ustaz Nasser berbincang dengan Nenek Terata


Peserta - peserta Majlis Khatam Al Quran

Ini merupakan program kedua Generasi Keluarga Haji Hapil buat program. Yang pertama tu pada tahun lalu. Program Hari Keluarga di Kampung Bukit Sakong. Melalui program ini, kami dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami memandangkan semuanya sudah besar, kerja dan berkahwin...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

16 comments:

Remy hazza said...

seronoknya kancil...majlis ilmu dan dapat mengeratkan ukhwah lagi......

Rapunzeel Cikilolo said...

samporna dengan kunak tu dekat ke?

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bagus aktiviti macam ni. Menggalkan kita semua membaca Al-Quran.

Run Away said...

bagus aktiviti mcm ni...;d

etuza said...

aktiviti cuti yang sangat2 baik..tahniah kepada yang dah khatam quran...

Aziela said...

Ya Allah, bagusnyaaaa family Kancil. Keep it up ya? This is wonderful. Akak seronok sangat baca nie.

3no gr33ny said...

program yang sangat berfaedah sebegini dalam sebuah institusi keluarga memang akan mengeratkan hubungan =)

Cikgu Ma said...

moga diberkati...

nora sahibil said...

Alhamdulillah, majlis seperti inilah yang perlu dihidupkan dan diteruskan.

Gambar cukup menarik.

Ok geng teruskan.

nora sahibil said...

Alhamdulillah, majlis beginilah yang patut diteruskan demi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

khairul hassan said...

amalan yg mulia ni Kancil

Donny Ien said...

hello kancil,
aktiviti yang baik sekali, semoga mendapat keberkatan...

Cik Gee said...

selalunya bila cuti sekolah, saya takkan terlepas xtvt2 yg mcm nih.. haihhh.. rindu plak zaman dlu2..

:)

ayut said...

teringt dulu khamtam quran..mak mesti bt bubur merah tu..

Kesuma Angsana said...

dtg baca lepas abis cuti2 mesia hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...seronoknya reramai berkhatam sekali...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...