Rakan Blogger

Friday, January 25, 2013

Cuti - Cuti Ke Kota Kinabalu 2012 #1

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sebelum nie Kancil ada cerita mengenai lebuhraya Tawau - Lahad Datu, Lahad Datu - Sandakan, Sandakan - Ranau dan Ranau  - Kota Kinabalu. Semua tu Kancil ndak kongsi gambar dan meminta pembaca hanya membayangkan situasi yang Kancil ceritakan. Kali nie, Kancil dah memang niat untuk berkongsi dengan rakan - rakan blogger beserta dengan gambar sekali.

Lebuhraya Tawau - Lahad Datu.

Sebelum perjalanan, orang tua dah menegur jangan jalan memandangkan ada kawasan di Ranau menerima hujan 14 jam. Takut tanah runtuh atau banjir. Tetapi Kancil yakin ia tidak akan berlaku. Dan isteri Kancil bimbang kerana pada masa itu, hujan masih turun dan mungkin melibatkan semua negeri. Sepanjang perjalanan dari Tawau ke Dewata (Lahad Datu), mendung dan disertai hujan. Ndak juga lebat cuma renyai - renyai je. Bagi Kancil suka kalau berjalan hujan walaupun ia berisiko akan ditimpa oleh kenderaan berat.



 

Gambar di atas merupakan persimpangan masuk ke pekan Kunak yang jaraknya 4 km dari jalan raya utama. Dahulunya hanya kampung kini sudah mempunyai bangunan dan taman perumahan di kiri dan kanan jalan. Suatu masa dulu, kiri dan kanan jalan ini merupakan kawasan penanaman kelapa sawit.


Gambar di atas sebelah kiri adalah pemandangan bukit Madai.  Bukit Madai ini memiliki gua yang luas dan disinilah banyak sarang burung yang dijual dengan harga yang lumayan. Manakala pemandangan sebelah kanan adalah kawasan Tingkayu. Rata - rata tumbuhan adalah kelapa sawit namun nun jauh di sana adalah hutan tebal yang masih belum diterokai.

Gambar di sebelah adalah perkara biasa berlaku di sepanjang perjalanan. Apa yang penting kita kena waspada walaupun bukan kesalahan kita. Disebabkan mereka alpa kita jadi mangsa. Sebelum nyawa melayang berhati - hatilah di jalan raya. Menurut sumber yang Kancil perolehi, lori ini terpaksa melanggar tembok penghalang daripada dia melanggar kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Nasib juga ia tidak menjuman ke bawah. Kalau itu berlaku mungkin tiada siapa yang tahu dan mengambil beberapa hari menyedari kemalangan tersebut.


Gambar di atas adalah laluan yang paling sukar. Jika tiada kenderaan berat, mudahlah kita melaluinya. Tetapi kalau ada, terpaksalah kita guna gear satu untuk naik ke atas. Kekadangan kita mengambil masa 15 minit untuk mendaki bukit tersebut. Sebelah kanan adalah signboard ke simpang Lembah Danum. Tentu korang tahu kan? Lembah Danum merupakan kawasan hutan yang paling tua di dunia. Tak percaya, cari sendiri di dalam alam maya nie.

Dalam perjalanan menuju ke bandaar Lahad Datu, jalan rayanya masih diperbaiki. Untuk kemudahan orang ramai juga walaupun agak sukar. Lagipun dah lama jalan nie ndak diperbaiki. Harap - harap tahun nie dah siap sepenuhnya. Sebab mahu bercuti lagi ke Kota Kinabalu.


 Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

18 comments:

Saya Disini said...

bestnye jalan2 kk..sy xpernh smpai sabah lgi

Aziela said...

Ada gua? Ada Lembah Danum? Aduhh...mcm mana nie...seminggu bercuti di Sabah pun takkan cukup untuk explore semuanya. Kalau dapat posting kat sana 2 tahun ker, baru puas explore semua agaknya kan.

Aziela said...

Ada gua? Ada Lembah Danum? Aduhh...mcm mana nie...seminggu bercuti di Sabah pun takkan cukup untuk explore semuanya. Kalau dapat posting kat sana 2 tahun ker, baru puas explore semua agaknya kan.

Ann Ishak said...

adventure betul perjalanan ke Lahad Duta ek, mencabar keupayaan diri ni

fairus said...

ALHAMDULILLAH.. INFRASTRUKTUR DI SABAH BERTAMBAH BAIK..

Kakzakie Purvit said...

Semakin maju Sabah dah sekarang kan. Kakak tak pernah sampai sana. Teringin sangat nak pergi..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best nye pegi bercuti..

mselim3 said...

bestnyer cuti2 dapat berjalan k...lebih2 lagi dapat berjalan bersama anak2 dan suami tercinta.

mselim3

Unknown said...

hujung thn ni, kelab guru nk bt rombongan ke Sabah.. :).. xpnh smpai lg ke sana..

3no gr33ny said...

hujan2 tidak mengantukkah sahabat?? huhu

Unknown said...

bila la agaknya sy boleh ke Sabah ni

Kayu Manis said...

tak pernah sampai lagi..

Payz0 said...

wow very beautiful.. i like adventure

Mek Onie said...

inshaAllah ,sabah/sarawak planning untuk tahun depan :D

Unknown said...

cantik pemandangan dan suasana disana...... kancil...semoga jln2 yg teruk diperbaiki segera....

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana sudi komen...semoga apa yang diinginkan akan tercapai

Unknown said...

memang banyak cabaran pemanduan yang jauh..kena hati2 di mana jua

ayut said...

mcmni ea kat Sabah......ayut bru tau kancil...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...