Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Gambar ini Kancil ambil ketika membuat lawatan sambil belajar sendiri ke Balung River kawasan Bukit Quoin Tawau. Jarak dari bandar Tawau adalah 40 km. Merupakan kawasan tanah tinggi di Tawau. Di kawasan ini juga boleh lihat pemandangan laut walaupun ia jauh dari laut. Mana tidaknya ia berada di tanah tinggi.
Betullah kata Blogger Fairus dan Sakura Sue..inilah sekolah yang bakal Kancil jaga semasa peperiksaan UPSR nanti. UPSR akan bermula pada 10 hb 9 hingga 12 hb 9 2013. Bilangan murid yang bakal Kancil jaga adalah 63 orang dan seramai 3 orang pengawas di bawah Kancil. Tidak termasuk Timbalan Ketua Pengawas.
Sudah dua kali Kancil lalu kawasan ini dan tidak sangka akan ke sini untuk menjaga peperiksaan. Apapun bersyukur kerana berada di kawasan tanah besar berbanding di pulau. Dan sekolah ini merupakan sekolah yang agak jauh di sebelah kawasan Apas Tawau.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
14 comments:
teringin nak ke sabah :)
bila la nak sampai ke sabah ni...nak beli udang..katanya murah..
selamat menjaga peperiksaan....:)
Berdebar nak tggu upsr, coz adik sue pun ambik upsr tahun ni.huhu
selamat bertugas denganpenuh dedikasi
63 jumlah yang sedikit..kebiasaannya di sini jumlah murid melebihi 100 orang..walau apa pun...selamat bertugas =)
apapun selamat bertugas yer ~
Selamat menjalankan tugas..pasti sejuk n nyaman d cna ;)
TEKAANKU BENAR BELAKA.. HEHEHEHE
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.
Teringinnya nak jejak kaki ke sana..^_^
Nak ke sabah juga.
lama mnghilang?..hehehe
sabah seronok kalau pergi kawasan tanah tingginya.. gudluck buat ank murid kancil
Post a Comment