Rakan Blogger

Saturday, August 24, 2013

Sekolah Ganti

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini, kami bersekolah. Itu je yang Kancil dapat maklumkan. Memang betul kami bercuti panjang tetapi ada hari dalam cuti tersebut terpaksa kami gantikan. Kalau begitu, bukan cuti namanya kalau diganti...hehehe...tapi amanah orang kena kami tunaikan. Lagipun, peperiksaan UPSR makin dekat dan kena buat persiapan awal.

Semalam ada solat hajat di kompleks sukan Tawau. Kancil pun terlibat...mesti terlibat pun sebab Kancil guru bimbingan. Apa - apa acara mesti terlibat. Kalah lagi guru besar dan guru penolong kanan. Alhamdulillah berjalan dengan jayanya. Sempat Kancil berbincang dengan rakan - rakan sekerja mengenai prestasi anak - anak murid tahun 6.

Semester lalu, murid yang mendapat 5A hanya 4 orang murid sahaja. Alhamdulillah..selepas program yang unit Kancil anjurkan. Keputusan telah naik kepada 16 orang murid. Itupun calon - calon dalam program tersebut. Ini bermakna program tersebut telah berjaya. Apa yang Kancil harapkan semoga bilangan meningkat pada exam sebenar..doakan untuk kami dan doakan untuk anak - anak murid tahun 6 seluruh negara.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

12 comments:

Kayu Manis said...

malasnya nak urus anak2 sek ganti ni...


kathy said...

masa sekolah dulu memang tak suka time cuti ganti ni. hehe~

3no gr33ny said...

samalah kita...huhu

Nor Azimah Ali said...

betul la, malasnya nak uruskan anak bila ada sekolah ganti ni, rasanya cikgu pun malas nak ke sekeolah kot, he he

Unknown said...

sek jgk ari ni..tp bes sbb ada knduri durian ;P

Ann Ishak said...

selalu dengar anak2 buah saya kemain liat lagi nak ke sekolah kalau hari sabtu ni hiksss

ajax85 said...

slmt bersekolah ye..heheheh

fairus said...

BUATLAH YANG PALING TERBAIK UNTUK ANAK BANGSA..

Nina Mads said...

skolah ganti pun mesti dpt cuti..hehe
rindu pulak zaman skolah

Unknown said...

InshaAllah. :)

Anonymous said...

anak2 KA pun kena ganti sekolah utk cuti raya hari tu hehehe

Kancil 8349 said...

susah jadi guru nie...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...