Rakan Blogger

Wednesday, September 18, 2013

Bercuti Ke Sandakan Sempena Hari Malaysia #1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sudah berapa kali, niat terbatal untuk melawat daerah Sandakan lebih – lebih lagi bandaraya Sandakan. Last kali, Kancil ke sana pada tahun 2007. Itu pun atas urusan keluarga.  So ndak boleh berjalan – jalan. Sejak beberapa bulan lagi sudah merancang untuk ke Sandakan. Meminta bantuan daripada adik Kancil untuk tunjukkan jalan. Pada hari Jumaat, Kancil sudah bergerak menuju ke daerah Semporna. Kerana, Kancil kena ambil adik Kancil di sana. Tiba di Semporna, terus ke rumah mak bapa memohon restu untuk berjalan. Selesai, kami meneruskan perjalanan ke daerah Sandakan.

Jarak perjalanan lebih kurang 300 km lebih dan memakan masa 5 jam untuk sampai. Sepanjang perjalanan, ada hujan sekitar kawasan Sukau (Kinabatangan). Alhamdulillah..ia membantu untuk menghalang dari panahan cahaya matahari petang. Tepat pada pukul 9 malam, kami tiba di Bandar Sandakan. Teruslah kami mencari penginapan untuk tidur 2 malam. Alhamdulillah, kami dapat hotel yang murah. RM 85 satu malam untuk 6 orang. Nama hotel tersebut ialah Hotel Ramai. Bukan ‘hotel bajet’ taw. Ia hotel lama. Jika ada rakan blogger yang mahu 5 bintang, Hotel Sandakan lebih sesuai. Tapi bagi Kancil ia sangat berbaloi untuk kami semua.

Entri seterusnya, Kancil akan ceritakan perjalanan kami sepanjang berada di Sandakan….


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

Aisy Nasiha said...

bestnya dapat pergi jalan2 di hari cuti malaysia

Unknown said...

xsabar menanti entry seterusnye ;)

memmetlenggeng said...

sandakan saya belum pernah pergi. Haritu jiran ada pergi, nampak menarik jugak. Tahun depan saya akan ke sabah lagi, dah beli tiket, tp tiket tu ke K.K, takpelah, mana-mana kat sabah pun menarik juga...kan...

Unknown said...

tu dia..makan masa lima jam ye..

Anonymous said...

wah mesti bestkan... KA mmg x pernah sampai sini !

Zul fattah said...

cuti2 d sandakan.. erm, sana sjuk kan ? boleh la rest puas2 dgn family..

fairus said...

TERINGIN AKU NAK KE SABAH.. TAPI TAK TAU BILA..

Kayu Manis said...

bestnya jln2..bagus lah cikgu rehat2kan minda yg letih tu..

Unknown said...

..sabah dh msk dlm list makan angin next year..hehe insyaAllah..

Unknown said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Unknown said...

has masih tak bkesempatan nak gi sabah.. cm best je pegi sne..

Cikrosecute said...

akak belum pernah sampai sana...

Unknown said...

cuti hari malaysia queen duk rumah je sbb anak2 tidak sihat..

Kancil 8349 said...

terima kasih semua

squall-shinoda said...

Bestnya dapat bercuti di Sandakan sempena Hari Malaysia... lain kali mesti pergi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...