Rakan Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Bila lilin sudah padam

Setiap kita diumpamakan sebagai lilin di muka bumi. Berperanan dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh yang Maha Esa. Kerana keindahan alam fana ini. Kita leka dan alpa sehingga kita lupa bahawa cahaya lilin kita bila - bila akan terpadam.

Sebelum terpadam sepenuhnya, kita diberikan peluang untuk membuat amal kebajikan di muka bumi ini. Namun tidak semua faham akan kewujudannya. Kesilapannya bermula dari pendidikan awal. Apabila proses mengenal hukum halal dan haram tidak bermula di rumah maka berlakulah ketidakfahaman tentang agama. Cukuplah diajar sedikit kepada anak - anak mengenai hal keagamaan supaya mereka faham.

Ada yang beranggpan bahawa lilin yang padam awal amat disayangi oleh Allah berbanding dengan lilin - lilin yang lambat padam. Sebenarnya, Allah amat menyayangi semua makhluknya dan tidak kiralah yang awal padam mahupun lambat padam. Lilin yang lambat padam ini diberikan peluang untuk menebus dosa - dosa yang pernah dilakukannya sepanjang hayatnya.




6 comments:

Fairus Bin Mamat said...

JADILAH LILIN YANG MENERANGI DIRI ORANG LAIN WALAUPUN DIRI SENDIRI KEPANASAN.. :)

PeRmAtA bIrU said...

hurm... agama itu penting dari awal kanak2 lagi..:) setuju dengan perumpamaan ini..

Kancil 8349 said...

Fairus : betul tu

Permata Biru : terima kasih dan memang betul pun

maszull said...

assalamualaikum kancil...lilin itu akan tetap menyala sehingga habis usianya begitu juga manusia ini kalau panjang umurnya alhamdullilah pada yg ESA kerana memberikan usia yg panjang ...dlm usia yg panjang tu byk2kn lah berbuat amal ibadat utk bekalan di sana nanti...:)

Kancil 8349 said...

Permata Biru :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

betul tu mama...semoga ada bekalann kita pada hari tersebut...melalui blog kita nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...