Rakan Blogger

Thursday, January 20, 2011

Mendengar satu pihak

Kekadang kita asyik membenarkan kata - kata orang lain padahal orang itu ingin memburuk-burukkan orang yang dikatakan. Lebih best tu percaya bulat-bulat apa yang disampaikan. Nah berjayalah si pemberita dengan niat buruknya. Yang mendengar apa lagi, menghukum orang yang dikatakan. 

Inilah lumrah alam dan keadaan yang sebenar berlaku di sekeliling kita. Sebenarnya kita malas bergerak dan malas nak menilai. Eyalah! orang yang menyampaikan tu pandai dengan lakonannya. Nasib je tak masuk dalam Anugerah Pelakon / Pemberita Terbaik. Kesan menerima berita palsu dan fitnah ini berat juga natijahnya...hubungan persaudaraan mudah terputus olehnya.

Ingatlah, sebelum membuat keputusan. Dengarlah di sebelah pihak yang satu...(dengar kedua2 pihak)...dah tahu mengapa dan kenapa terjadi...disitulah kita membuat penilaian...dan tidak adil mendengar di pihak satu sahaja...kerana pihak yang dikatakan ini ada sebab dan kenapa ia berlaku.........sama2lah kita belajar dari kesilapan.....

4 comments:

Nilam suhana said...

mendengar dari kedua2 belah pihak itu lebih adil..:)

Kancil 8349 said...

Permata Biru : memang betul...adil dan tidak berat sebelah

maszull said...

assalamualaikum kancil...jika didlm situasi begini kedua2 belah pihak haruslah kita dengarkan cite2 mereka kerana dr situ kita dpt menilaikan yg mana satu yg baik dan yg tidak baik kn...:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
betul tu mama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...