Rakan Blogger

Tuesday, January 25, 2011

Bila Mesin ATM Satu Je Berfungsi

Tarikh 25 hb setiap bulan, tarikh yang ramai orang paling suka sebab gaji keluar tetapi tarikh nie juga buat orang tertekan dengan masalah mesin ATM.

Kisah nie berlaku pada tarikh 25 hb, mau ambil duit dalam mesin ATM. Pergilah ke satu bank, di sana sudah ramai orang berbaris. Sampai diluar kawasan mesin ATM tu mereka berbaris. Bisikan hati berkata, lumrah manusia nak ambil gaji. Bila dekat dengan barisan tersebut, alangkah terkejut hanya satu je mesin ATM berfungsi. Ada satu lagi "out of service". Time nielah benda tu meragam.

Ku bilang orang yang berbaris dari hadapan. Kedudukanku orang yang ke 40. Uina! banyak masa aku terbuang macam nie. Nama je bank terbaik di Malaysia. Hish! baik aku pergi cucuk duit kat bank lain. Biarlah 1 ringgit tu kena potong daripada hati aku sakit melihat situasi tersebut. Mungkin korang fahamlah, time tulah ramai yang tunggu kat luar, membernya seorang pergi berbaris. Bila dah sampai depan mesin, berpusu - pusu mereka masuk minta member nie tolong cucukkan duit...Arghhhh!.....kita penat berbaris mereka senang je potong masuk...

5 comments:

Gen2Merah said...

tu la pasal. bikin panas kan... kadang2 buat kita bergaduh ja tengok gelagat2 org yang mengambil ksempatan di mesin ATM tu..

Fairus Bin Mamat said...

BETTER BUAT BANK SENDIRI.. :)

Ums Niza said...

Fairus : Eyalah kan...setuju tu

maszull said...

assalamualaikum kancil...biasalah kalau tiap2 cukup bulan mesin ATM mestinya kekurangan duit jadi dr byk2 mesin tu kalau dah tinggal satu mmg kes naya je kn...:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

bikin geram kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...