Rakan Blogger

Tuesday, October 2, 2012

Bermain Badminton Untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama Kancil ndak cerita pasal badminton di ruang. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil selalu bermain badminton dengan blogger Gen2Merah dan blogger Ohsenyum. Sudah masuk tahun kedua kami bermain bersama. Lepas main badminton kami akan bercerita pasal blog masing - masing.

Kancil sendiri tidak ingat bila Kancil cerita mengenai badminton. Memang lama. Apapun, setiap hari Selasa dan Jumaat malamnya, kami akan berjumpa di kompleks sukan Tawau. Kami menyewa gelanggang badminton setiap bulan. Dulunya Kancil seorang je dari sekolah Kancil. Kini, ada sudah rakan sejawatan yang sudi ikut serta. Maka, bertambah ramai bilangan kami. Kalau tidak silap 10 orang yang bermain.

Kalau cerita pasal kehebatan bermain, Kancillah yang paling teruk. Masih jauh ketinggalan dengan kehebatan rakan - rakan Kancil. Mahu buat macam mana, tangan kiri Kancil pernah mengalami kecederaan sewaktu kemalangan motorsikal pada tahun 2005 di Lebuhraya Klang Lama. Apapun, Kancil tetap bermain kerana menganggap ia sebagai satu cara untuk menjaga kesihatan diri.

Berbeza dengan rakan - rakan Kancil yang hebat, mereka sentiasa berusaha untuk menunjukkan kehebatan dan skill baharu sesama mereka Pasti ada yang berubah. Berbanding dengan Kancil, memakan masa yang lama untuk mengejar. Tapi dalam proses pembelajaran, satu ilmu tu tidak akan dapat terus masuk ke otak jika tidak diulangkaji. So, perlahan - lahanlah Kancil merangkak.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

28 comments:

Jahirah said...

saya dah bertahun2 tak sentuh raket badminton.hee lagi kronik tu...:)

Cikgu Ma said...

dulu teringin nak main badminton, tp cikgu hancurkan harapan..ish..ish...

3no gr33ny said...

hamba juga suka main badminton tapi sibuk yang memanjang menghalang..huhu...

p/s : teruk sgt ke tangan sahabat??

fairus said...

AKU SEKARANG MAIN PING PONG.. LAGI BEST,..

Unknown said...

tp kalo lame tggalkan kene agak2 latihannye

takut kene serangan sakit pape kan

Everything's Everythings said...

Lepas ni boleh la lawan badminton plak ;D
tapi saya ni amateur je ^^

Azera Aziz said...

Salam...

Salah satu senaman untuk menguatkan otot2 yang lemah longlai ni...Selain dari itu boleh membakar lemak yang ada ka...ahaks

Azera singgah & follow sini ye...

Dijemput untuk join segmen Azera....

[GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?

miss yatie said...

KY pun suka, tapi tak boleh main lama2, letih, KY tak tahan panas bukan panas matahari, tapi panas badan...hihihi

salam buat gen2 merah, lama tak dengar berita

ஜ miss klanika ஜ said...

suka tenis dari badminton . tapi dua-dua pon lebeh kurang je . kan

Nafisya Ismail said...

bagus main badminton.. baik utk kesihatan ;p

Kazman / Sue said...

main badminton.... teringat masa malaysia juara piala thomas dulu... habis semua demam badminton... satu kampung anak2x main badminton depan rumah petang2x... heee3x

Unknown said...

dh lama sy x main badminton..agak2 klu sesekali main bukan nk kena bulu tangkis..silap2 terkena kepala sendiri

Kancil 8349 said...

Aishah :

hehehehe..tapi masih boleh main lagi kan

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

mengapa ada cikgu hancurkan harapan kamu

Kancil 8349 said...

3no :

sekali sekala gi bersenam...

ndak teruk pun cuma kesan tu yang ada

Kancil 8349 said...

Fairus :

hehehe...dulu main masa di maktab..tapi sekarang nie ndak ada member

Kancil 8349 said...

Iffah :

tu yang ditakuti..belajar perlahan2 bah

Kancil 8349 said...

Everything :

boleh bah kalau kau

Kancil 8349 said...

Azera :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

KY :

hehehe...tapi baik bah untuk badan..insya Allah Kancil sampaikan

Kancil 8349 said...

Miss Klanika :

beza tu..dari punggut markah pun berbeza

Kancil 8349 said...

Nafisya :

betul tu

Kancil 8349 said...

Kazman :

betul tu...memang mendalam masa tu

Kancil 8349 said...

Khairul :

hehehe..tu dah teruk plak

Unknown said...

lamaaa tak men badminton (^___^)

Unknown said...

dah lama remy tak main badminton nie...raket pun dah gantung belakang almari...hu3
dah takde geng nak main.....

Kancil 8349 said...

eeiyss :

jomlah gi main

Kancil 8349 said...

Remy :

ndak apa...nanti ada orang yang bermain juga tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...