Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Sudah lama Kancil ingin coretkan di dalam blog Kancil, namun belum ada kesempatan. Mungkin kerana tiada mahu menunjukkan rasa sedih atau kecewa di atas keputusan yang dibuat oleh pihak atasan. Kalau kamu berada di tempat Kancil mungkin juga akan merasa apa yang Kancil rasakan sekarang.
Kancil kecewa dan sedih kerana kejohanan sukan tahun ini tiada acara perbarisan seperti tahun sebelumnya. Nampaknya, impian Kancil untuk menjadi johan pada tahun ini tidak dapat. Sayangnya...begitu semangat anak - anak murid Kancil dan Kancil sendiri. Namun di atas keputusan yang dibuat oleh pihak atasan, maka ramai di kalangan kami akur. Rupanya bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat Zon, Daerah dan Negeri pun tiada acara perbarisan.
Maka hilanglah seri kejohanan sukan di sekolah pada tahun ini. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil dilantik sebagai timbalan setiausaha sukan sekolah dan tidak terlibat dalam mana - mana rumah sukan. Tahun ini Kancil hanya memerhati gelagat mereka yang bersukan sahaja...berbanding tahun lalu. Kancil sibuk mengurus pasukan perbarisan Kancil. Tahun lalu pasukan Kancil mendapat tempat naib johan.
Antara sebab - sebab acara perbarisan tidak dipertandingkan kerana peruntukkan kewangan dikurangkan, masa kejohanan kebetulan jatuh hari peperiksaan PMR, hanya pertandingan peringkat sekolah sahaja sedangkan peringkat zon dan daerah tiada. Oleh itu, tidak perlu dibuat...Selain itu, beban tugas yang dipikul oleh guru - guru sekolah di akhir tahun yang banyak...Insya Allah kejohanan sukan sekolah Kancila akan berlangsung pada 12 dan 13 hb Oktober 2012.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
12 comments:
assalamualaikum kancil...yer la x best kalau jadi mcm tu kan...:)
setiap kejohanan sukan, penyerinya ialah perbarisan pasukan.. barulah best..
waktu perbarisanlah baru kita nampak semangat kesukanan... kalau yg bertanding tu selalunya yg terbaik dipilih....yg tak bertanding nak buat apa... kalau ada perbarisan tu baru semua terlibat.....
tapi di sekolah di tempat KY, masih ada pembarisan, hari tu, siap buat baju lagi..mungkin sesetengah sekolah kut
Alamak, kecewanya....
Masszull :
Waalaikumsalam mama...tulah bah...sedih teramat sangat nie
Fairus :
tahun nie je ndak best
Fairus :
tahun nie je ndak best
Remy :
tulah bah...mahu buat simple sampai terabai yang lain
KY :
makin kurang meriah tahun nie
Aziela :
tulah sedih teramat sangat nie
bersabar ye, manalah tau tahun depan masih ada peluang lagi untuk anjurkan perbarisan...insyaAllah
Post a Comment