Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Dalam tahun nie, Kancil telah diminta untuk membantu beberapa orang guru bagi membina blog. Blog mereka ini merupakan salah satu assignment yang perlu dibuat oleh guru - guru tersebut. Markah yang diberikan adalah 30 markah. Sebenarnya mereka adalah guru - guru yang sambung belajar ke peringkat degree.
Kancil ndak kisah untuk membantu dan tidak mahu mengharapkan apa - apa balasan kerana ia ilmu untuk berkongsi. Lebih - lebih lagi rakan sejawatan di sekolah. Namun bila ada cakap - cakap mengatakan untuk dicajkan perkhidmatan. Bab tu yang Kancil lemah. Terus terang Kancil lemah bab perkhidmatan nie.
Bagi mereka yang berkepala perniagaan, memang ia satu peluang untuk menambahkan duit lebih. Bayangkan ada 9 orang guru yang sambung belajar. Semua diminta buat satu blog berkaitan dengan opsyen mereka. Apa lagi, datanglah mereka bertanya kepada Kancil itu ini. Sebab Kancil je yang ada blog di dalam sekolah ini. Dalam istilah lain, Kancil je seorang blogger di sekolah ini. Bukan setakat di sekolah Kancil malah guru - guru sekolah lain.
Namun, Kancil ndak sampai hati mahu caj itu ini. Sebab mereka belajar dan bila belajar kita kena beri ilmu kepada mereka. Walaupun ada yang memberi duit namun Kancil tetap menolaknya. Bagi Kancil, selagi ada ilmu untuk dikongsi, Kancil tetap kongsikan untuk rakan - rakan sejawatan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
15 comments:
hihi... kakak atie pon ade mintak tolong buat assignment dengan blog ni... so, atie just tolong ckit2... ajar bina blog n cara upload content...
TERBAIKLAH UMRAH.. MENGAJAR DENGAN IKHLAS RASANYA LEBIH BAGUS.. JANGAN HARAP SABGAT HABUAN DUNIAWI, HARAPKANLAH JANJI ALLAH BAHAWA ANTARA AMAL YANG TERUS DIKIRA OLEH ALLAH SETELAH MATINYA ANAK ADAM IALAH "ILMU YANG BERMANFAAT"
ilmu dikongsi bersama xrugi apa pun kan...tp kalau org jns berkira mmg dia cas jugak.
buat blog je kan,, apela sangat,, tak perlu kot nak kenakan caj,, hehe,, congratulations cikgu kancil for being so nice :D
moga pertolongan murni kancil tu hanya mendapat ganjaran dari Allah...itu lebih manis... ^_^
semester akhir yer rakan sahabat Kancil tu?? akak senior sebelah bilik hamba juga ada minta binakan blog untunya
remy pun ada membantu seorg guru buat blog...salah satu dari pembelajaran katanya..... suami kepada akak satu opis ngan remy.....
Cik Atie :
mulai sibuk sudah para guru sal blog nie...salah satu tugsan sudah nie
Fairus :
terima kasih geng
Aishah :
tu yang susah...kancil pernah jumpa orang macam tu...so kancil ndak mahu macam orang gitu
Nurmujahidah :
terima kasih....macam kancil katakan...kita ikhlas membantu
Cikgu Ma :
Aamiin...terima kasih
3no :
kurang pasti plak Kancil...kalau tidak silap tahun pertama bah dorang nie
Remy :
sekarang nie sibuk buat blog sudah nie...guru2 pun pening kepala nie
assalamualaikum kancil...memang bagus la idea ni...ada xtvt yg menarik...:)
Post a Comment