Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Minggu lalu, sekolah Kancil sibuk dengan acara sukan. Apa lagi Kancil pun sibuk walaupun tidak dilantik sebagai penasihat rumah sukan. Berbanding dengan guru - guru lain, mereka sibuk melatih murid - murid mereka. Apapun, Kancil ingin berkongsi cerita dengan rakan - rakan blogger menge1ai kejohanan sukan sekolah di SK St Patrick.
Memandangkan tahun ini, tiada perbarisan rumah sukan dan unit beruniform. Maka kebanyakan latihan ke arah acara padang dan balapan. Pemilihan atlet telah dibuat 4 hari sebelum acara bermula. Sebelum itu, Kancil dengan beberapa orang guru membuat garisan padang untuk acara - acara yang dipertandingkan. Memang penat namun tidak sepenat guru - guru penasihat. Mereka lagi penat. Terdapat empat rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau.
Pada tarikh 12 hb 10 2012, kejohanan sukan bermula dengan acara padang. Bermula dengan acara lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Diikuti oleh pertandingan tahap 1 seperti melontar bola lembut dan lompat berdiri. Kancil bertugas membantu di pendaftaran atlet pada hari itu. Tamat acara pada pukul 10 pagi dan kebanyakan guru sudah penat apa lagi atlet - atlet rumah sukan.
Jom kita lihat acara pada hari pertama ;
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
17 comments:
dulu masa sekolah suka sangat hari sukan..sebab tak payah masuk kelas.. lepas tu boleh huhahuha..hahaha..
dan yang paling best..ada pakcik jual aiskrim tepi padang..
adakah murid2 sekarang macam saya jugak? takde semangat kesukanan betul.. hahaha...
Suka waktu hari sukan :)
aktif ye cikgu... hehe
waktu sukan memang seronok tapi untuk mengenadikan sangat penat..taun hadapan hamba dan rakan-rakan bakal mengendalikan sukan di tempat pengajian hamba..huhu..harap semua akan berjalan lancar
Sekarang ini berapa lama masa diberikan untuk pelajar berlatih sblm dipilih untuk tujuan hari sukan?
bila hari sukan mmg semua pun akan seronok sbb jarang berada dlm kelas.. Queen dulu pun aktif bersukan kat sekolah.. paling kelakarnya.. Queen ni dah la kurus tp boleh mewakili rumah sukan utk acara lontar peluru tau.. dan paling x sangka bila dpt silver medal.. hahaha mcm x percaya jer...
DULU MASA SEKOLAH, AKU CUKUP SUKA MASA HARI SUKAN.. BANYAK ACARA AKU MASUK..
nak tanye kancil...merah,biru,kuning...ermm merah?? rumah sukan? *garu kepala* ehehehe
saya paling tak suka sukan masa sekolah dulu...huhuuu
habis UPSR memang sukan2 eh?
assalamualaikum kancil....seronoknya bila hari sukan ni...:)
hari sukan memang anak2 murid paling seronaok, tenaga guru jg rasa lapang dada, melihat aksi ligat murid berlari...) rindu jg kancil menyapa di blog pesona...tahniah ya
hari sukan memang anak2 murid paling seronaok, tenaga guru jg rasa lapang dada, melihat aksi ligat murid berlari...) rindu jg kancil menyapa di blog pesona...tahniah ya
selamat bersukan kancil.... training cukup2....semoga team kancil nanti beroleh kejayaan yg membanggakan.....
terima kasih kerana sudi komen...
p/s ndak dapat membalas satu persatu sebab ndak cukup masa...
mcm krg best je klu takde perbarisan....lompat tinggi ni kompem takkan lepas.lepas yg bawah skali jer..bdn berat :D
benda yang paling takot masa nak buat dekat sekolah dulu. haha
Post a Comment