Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Lewat betul entri nie keluar, namun nielah masa yang sempat Kancil kongsikan untuk rakan - rakan blogger. Nie kesinambungan pada entri sebelum ini. Pada 12 Oktober lalu, acara yang dipertandingkan hanya melibatkan padang. Pada 13 Oktober pula adalah acara pertandingan balapan. Semuanya akhir...nak jimatkan masa.
Bermula pada pukul 7.30 pagi, acara dimulakan dengan 100 M lelaki dan acara terakhir ialah 4x200 M perempuan yang berakhir tepat pada pukul 10.30 pagi. Pelbagai gelagat yang Kancil lihat semasa acara nie berlangsung. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil dilantik sebagai Hakim Balapan. Bersama - sama 3 orang murid lelaki tahun 6. Mereka tidak terlibat dalam apa - apa acara pada hari tersebut.
Satu peristiwa yang lucu berlaku semasa di garisan penamat. Seorang murid tahun 3 perempuan, menjerit kegembiraan bahawa beliau mendapat tempat ke 3 tetapi beliau belum sampai ke garisan penamat. Tiba - tiba rakan sekelasnya memintas beliau dan rakan tersebut yang mendapat tempat ketiga. Terkejut dia...Kancil hanya menegur mengapa berhenti. Satu perkara lagi, ada murid perempuan tahun 6 yang menangis gembira kerana mendapat emas. Katanya inilah hadiah terakhirnya di SK St Patrick.
Ada juga yang menangis kerana ndak dapat apa - apa pingat. Tu yang buat Kancil sedih namun Kancil beri nasihat kepada beliau bahawa ia ada permainan. Kena usahakan pada tahun hadapan walaupun pada tahun depan mereka sudah berada di tingkatan 1. Rumah sukan Merah telah menjuarai kejohanan sukan tahun ini. Ini merupakan kali pertama mereka menjuarai kejohanan sukan. Tahniah buat mereka terutamanya atlet - atlet dan jurulatih - jurulatih yang mengajar dan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan.
Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil ;
Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil ;
Murid - murid yang mendapat pingat
Gelagat mereka sebelum bertanding
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
36 comments:
touching gak story ni.. kesian kt bdk ppuan yg dah excited nk menang and yg menang dpt emas tu.. hehe
anak2 memang mcm tu kan, memang sedih kalau tak dapar apa2...tahun ini, semua sekolah blh dikatakan main sukan penghujung sekolahkan?
agaknya budak perempuan tu dah nak tiba garis penamat slow kan larian tu yg kena pintas...xper suruh dia jgn putus asa try the next time....
teringat ke adik di rumah ..
Mungkin dia teruja kot dan ingat dah sampai garisan penamat..
Ksian mesti dia sedih sangat kan..
Haha kelakar la..knapa dia berenti sblm garisan penamat..kn dh trlepas peluang..
alahai.. teringat saya pd zaman dahulu kalaaaa.. hehe... =)
seronok klu menang kan
TERINGAT MASA SEKOLAH DULU.. AKU PUN GEMAR BERSUKAN..
yg memang mungkin ok jer...tapi yg kalah tu ...kenalah kancil bagi moral support..... kanak2 nie cepat terasa......
tapi meriah remy tgk kejohanannya......
teringat pula zaman sekolah dulu...
ehehehhe
Teringat masa zaman sekolah dulu. Mian suka untuk rumah sukan. Happy aje masa sekolah kan.
Bingkisan menarik tentang hari sukan. Terkenang zaman sekolah dahulu tapi saya cuma sesuai dlm acara merentas desa
wak pon nanges kalo X menang jugakkk bahh.. uuuhUuu
Nafisya Ismail :
tulah suka duka bersukan
KY :
betul tu...supaya ndak sibuk
Mselim3 :
betul tu...next time akan menang lagi
Miss Klanika :
hehehe
Myra :
tulah bah
teratak hati :
dia ingat sudah menang
Zee :
mesti seronok ingat zaman dulu
khairul :
betul tu
Fairus :
bukan masa di "U" pun kau aktif ke
Remy :
betul tu...terima kasih di atas cadangan remy tu
Mie :
mesti indah tu kan
Pokok :
betul tu..seronok...
baguznet :
samalah kancil...disitu kekuatan kita
Wak Gelas :
hehehe..sabarlah wak
mcm2 kisah bila disekolah ni kan!
kisah lucu, luka dan lara sepanjang kejohanan......
sedih pulak bila membacanya kancil......
hihihi...cian murid tahun 3 tu..tu la..dh gmbira dulu sblm abis..dh kna potong..adehhhh
assalamualaikum kancil...peristiwa yag berbagai ragamkan...tahniah buat atlet2 sekolah yg berjaya...:)
Kesuma :
betul tu...
Remy :
betul tu...
Ayut :
tulah bah...memang terkejut
Maszull :
Waalaikumsalam mama...terima kasih mama
Post a Comment