Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Seperti yang Kancil janjikan, Kancil ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman Kancil memberi ceramah di sekolah nombor satu di Sabah iaitu SK Bombalai (M). Untuk makluman rakan - rakan blogger, tahun lalu Kancil ada memberi ceramah kepimpinan di sekolah ini. Dan tahun ini, Kancil dijemput sekali lagi untuk memberi ceramah. Namun tajuknya berbeza iaitu Pengurusan Stress.
Sebelum bergerak ke sekolah tersebut, Kancil membuat kerja sedikit di sekolah. Memastikan kerja - kerja di sekolah tidak tertangguh. Tepat pada pukul 10 pagi, Kancil bergerak ke SK Bombalai (M) yang jaraknya kira - kira 20 km dari sekolah Kancil mengajar. Dalam perjalanan, ada road - block oleh JPJ Tawau. Tidak hairanlah mengapa banyak lori berhenti di tepi jalan tadi.
Sampai di sekolah tersebut, Kancil terus menghubungi rakan sejawatan. Dia menjemput Kancil masuk ke bilik gerakan. Masa itu, Kancil sempat bersoal mengenai latar belakang dan bilangan murid - murid mereka. Ndak ramai juga hanya 63 orang. Berbanding tahun lalu 64 orang.
Memandangkan Kancil diberi tajuk pengurusan stess, maka Kancil mulakan dengan permainan minda yang menyeronokkan. Tujuan sebenar untuk menarik perhatian kepada penyampaian ceramah Kancil. Alhamdulillah tercapai niat Kancil. Selama 2 jam 30 minit Kancil diperuntukkan dan ada masa Kancil buat permainan untuk menghilangkan rasa bosan.
Tepat pada pukul 12.30, Kancil tamatkan ceramah Kancil dengan permainan lagi. Gembira betul budak - budak tersebut. Dan Kancil pun gembira dapat menyampaikan ceramah. Ini merupakan kali ketiga sejak bergelar guru dan kali kedua dalam tahun ini. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
34 comments:
mmg kena dgr ceramah pengurusan stress ni..keje cgu skrg byk tul, mmg stress..
Alhamdulillah, everything went out fine ^^
Permainan apa yg cikgu buat?
wahhh cikgu....bagi ceramah!
bagus tu selang seli dengan permainan...takde la bosan,ngantuk....
bestnye bagi ceramah :)
jd cikgu pown kena tau juga bab2 nk bagi ceramah ni ye
kemahen lg
xreti la nk cermah2 ni
jeles okeh
bagus topiknya..anak2 zaman sekarang ni walau pun muda lagi tapi tak sama dgn zaman kita kecik dulu..kita kecik dulu takde la stress mcm sekarang..ngan exam..homework..tuition lagi.. kesian..
assalamualaikum kancil...tahniah2 buat cikgu kancil...:)
bukan calang2 org boleh bg ceramah...kan.mesti cikgu kancil ni..best ceramahnya..kalau tak..tak..kan ada jemputan..kan.
tahniah cikgu..
Alhamdulillah... lapas ni mesti kancil dipanggil bagi ceramah lagi...
is dah datang menjenguk dan akan berada di blog ini buat beberapa minit (^____^) ubat rindu nak komen
wah... pengurusan stress ni sangat penting... (^___^)
betul kata kancil....
remy pun kalau kena buat induction student practical.,mesti nak selitkan game atau xtvt...kasi dieorg tak stress sangat....
terimakasih atas informasinya ,, for all
ceritakanlah nanti bagaimana permainan minda yang sahabat jalankan =)
PENGURUSAN STRESS.. I LIKE,,,
Aisy :
hehehe..kita kena atur stress kita..nanti klien kita lari
Everything :
permainan minda je...
Mrs Eady :
Yups
Aishah :
strategi yang baik
Rapunzeel :
Alhamdulillah
Kesuma :
betul tu...guru kena jadi serba boleh
Iffah :
jangan macam tu...memang minat kancil nie
Rai :
kancil terima dari kawan je
Maszull :
Waalaikumsalam mama...terima kasih
Knor :
banyak benda lagi perlu diperbaiki...makin banyak kita belajar makin mantap kita beri ceramah
dwaty :
terima kasih
Eeiyss :
terima kasih
Remy :
betul tu...idea yang baik
jelly :
terima kasih kembali
3no :
insya Allah..
Fairus :
terima kasih
boleh la...bg ceramah kat blog...hehehe...boleh berhasil ke?
baca ni jugak..
http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/whatchuwant-is-back-with-big-surprises.html
Post a Comment