Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Kalau dulu Kementerian Pelajaran selalu menekankan konsep 3M dalam pembelajaran di sekolah. Ia merupakan asas pembelajaran. Yang mana, murid - murid yang berjaya menguasai 3M merupakan murid yang baik. Namun, zaman kian berubah dan sentiasa berubah. Perubahan ini amat penting dalam arus pembangunan kita. Akibatnya satu lagi M perlu ditambah dalam sistem pendidikan kita iaitu MENDENGAR...
Hasil perbincangan dengan beberapa orang guru di sekolah Kancil, masalah mendengar di kalangan murid amat meruncingkan. Ini mengakibatkan salah faham antara pihak sekolah dan ibu bapa berlaku. Mana tidaknya, ibu bapa lebih percayakan kata - kata anak mereka tanpa usul periksa. Padahal anak - anak mereka nie kurang mendengar ataupun tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru - guru mereka.
Sebagai guru, Kancil akui...murid zaman sekarang lebih banyak bercakap daripada mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Mereka lebih berminat bercakap di dalam kelas. Namun bila diminta untuk bercakap di hadapan mereka jadi kayu tunggul. Akibat kuat bercakap dan bermain, mereka tidak memberi tumpuan kepada pembelajaran mereka di kelas. So bila ada pengumuman, lain yang disampaikan lain yang pula mereka khabarkan kepada ibu bapa mereka.
Satu kes yang ndak sedap didengar apabila murid - murid zaman sekarang lebih kuat menipu seawal usia 6 tahun lagi. Ndak percaya...jadilah guru sekolah rendah. Korang pasti faham apa yang Kancil maksudkan. Mereka (tidak ramailah) pandai menipu untuk menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh ibubapa. Dan bila ibubapa percaya, mereka akan rasa selamat dan ia akan berterusan. Yang peliknya, orang dewasa (guru) pula yang dikatakan penipu...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
12 comments:
memang byk cabaran jd cikgu...di sekolah rendah dh reti menipu ye, patutlah bila msk sek men makin menjadi2 kes disiplin...
KALAU YANG TAK FAHAM2 TU,PIAL JE TELINGA DIA..
..mmg pnh terjadi kt sy..difitnah oleh budak thn 2..mmg nk kne sekeh bdk tu.. :P
dulu org ckp budak2 takkan menipu...tp sekarang dah xblh pakai statement tu...
itulah kan..orang selalu cakap pekerjaan guru ni sangat mudah..tapi cubalah dulu..baru tahu
cabaran seorg guru sebenar cukup besar.... meneliti setiap pelajar.... menyelami ilmu didadanya.... serta membentuk peribadinya....
Aisy :
bukan salah guru pun...bila diambil tindakan disiplin...ibubapa mula bising...
Fairus :
kalaulah boleh kami buat..dah lama tu geng...tapi kena ikut peraturan bah
Ziraziz :
hehehe...dugaan sebagai guru kan
Aishah :
tulah yang perlu diketahui oleh umum
3no :
memang susah mahu membentuk orang jadi orang berbanding membentuk alat atau bahan
Remy :
betul tu...remy...
Post a Comment