Assalamaulaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Dekat dua minggu Kancil biarkan blog nie tanpa entri. Bukan tidak mahu berblog cuma masa tu ndak mengizinkan. Tapi kesian juga pada blog Kancil nie, Kancil lebih berat pada FB je sejak 2 Minggu nie...biasalah kalau cuti sekolah...banyak aktiviti cuti kena buat...hehehe...
Gambar di atas nie adalah sotong yang telah dicandat oleh seoarang kanak - kanak lelaki menggunakan umpan udang kecil palsu. Kancil cuba mencandat sotong nie...tapi gagal sahaja. Akhirnya, Kancil meminta bantuan kanak - kanak yang memerhati Kancil. Sotong nie bukan untuk dimakan tetapi sebagai umpan kami di tengah lautan. Kalau tidak silap ada 5 ekor sotong yang telah dicandat oleh kanak - kanak tersebut.
Untuk makluman rakan - rakan blogger, kami tidak mendapat hasil yang baik pada hari tersebut. Walaupun Kancil dapat menaikkan ikan sebanyak 10 ekor dalam 2 hari 1 malam. Berbanding sebelum nie...lebih 50 ekor. Namun bukan rezeki kami pada hari tersebut. Apapun bersyukur dengan apa yang kami dapat pada hari tersebut.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
p/s : jika ada kelapangan Kancil akan membalas kunjungan korang...maaf buat masa nie hanya mampu buat entri je
17 comments:
TAK PERNAH MERASA MENCANDAT SOTONG..
terer la budak tu yer.. dpt candat sotong ni... ;)
budak lagi da candat sotong.kih3 tahu makan je...
bestnye candat sotong..kat trganu mmg femes masa bulan cerah.. =)
assalamualaikum kancil...bestnya dpt mencandat sotong...;)
50 ekor...? 10 ekor tu pun akak rasa dah banyak... Seronoknya mencandat yer...
rupe sotong tu lain. macam ada shining2~ ke memang macam tu?
Wah! Besarnya sotong itu... apa nama sotong itu cikgu?
la sotong nie utk dibuat umpan rupanya...... ingat nak dimkn tadi....
nampak besar
candat? first time jumpa perkataan ni... tu sama arti dgn pancing la.. oh baru ku tahu..hahaha
nmpk besar sotong ni dlm gambar dan unik.. :)
Semoga murah rezeki next trip. Kami pun suka juga candat sotong.
Semoga murah rezeki next trip. Kami pun suka juga candat sotong.
sedapnya
teringin nak rasa pengalaman mencandat sotong =) mesti best kan?
sotong apa ni? boleh mkn?
terima kasih kerana sudi komen
Post a Comment