Rakan Blogger

Thursday, January 31, 2013

Kejohanan Catur Sekolah Rendah Peringkat Zon Bandar Tawau 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Untuk kali pertama, Kancil telah dilantik oleh sebagai Setiausaha Kejohanan untuk peringkat Zon dan Daerah. Tapi, Kancil ingin kongsi cerita mengenai peringkat Zon Bandar dulu. Sebagai perkongsian maklumat, daerah Tawau dahulunya dibahagikan kepada 6 zon iaitu Zon Bandar Utara (sekolah Kancil dekat sini), Zon Bandar Selatan, (sekolah Gen2Merah), Zon Balung, Zon Merotai, Zon Kalabakan dan Zon Sebatik (pulau)

Kini, sudah dipecahkan kepada lapan zon iaitu Zon Bandar (sekolah Kancil), Zon Sri Tanjong, Zon Tanjong Batu, Zon Merotai, Zon Kalabakan, Zon Apas, Zon Sebatik dan Zon Balung. Memandangkan ia bermula pada tahun, maka berlaku sedikit kekeliruan. Apapun kena dilaksanakan atas arahan daripada PPD Tawau.

SK St Patrick, Tawau telah dilantik sebagai penganjur kejohanan catur peringkat zon Bandar telah dilaksanakan pada 26 hb Januari 2013. Dalam zon ini terdapat 7 buah sekolah dan hanya 3 buah sekolah yang menyertai pertandingan. Ketiadaan sekolah lain tidak mematahkan semangat penganjur untuk menganjur kejohanan tersebut. Antara sekolah yang bertanding ialah SK St Patrick, SK Kampung Jawa dan SK Bandar Tawau.

Selama 4 jam bertanding di tapak perhimpunan sekolah SK St Patrick. Penganjuran kali ini dikatakan paling santai memandangkan dibuat secara terbuka. Seramai 30 orang murid terlibat dan juara untuk peringkat zon dimenangi oleh SK Bandar Tawau dan diikuti oleh SK St Patrick. Manakala tempat ketiga disandang oleh SK Kampung Jawa.

Kancil memang ndak arif dalam catur. Apatah lagi peraturan dalam catur. Alhamdulillah, apabila melihat peserta - peserta bertanding dan tunjuk ajar daripada rakan - rakan sekerja. Dapatlah Kancil mempelajari mengenai peraturan catur ini. Jom kita lihat gambar yang sempat Kancil ambil untuk perkongsian rakan - rakan blogger.


SK Kampung Jawa, Tawau


SK Bandar Tawau


SK St Patrick, Tawau


Wajah - wajah peserta perempuan dan lelaki

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


17 comments:

miss yatie said...

apa tarikkan untuk kita minat dengan catur ye? budak2 sekarang nampak suka sangat main catur

aizamia3 said...

ai tak pandai main tapi teringin nak main.. ;)

fairus said...

AKU MAIN CATUR BIASA2 BOLEH LA.. TAK PANDAI SUSUN STRATEGI.

Aziela said...

Ceritalah sikit undang2nya cikgu.

Kakzakie Purvit said...

Main catur memerlukan kecerdasan otak juga.

Kayu Manis said...

menajamkan otak ni..good2

dhiera zainudin said...

saya pun tak pandai main catur!

Unknown said...

dulu minat gak chess ni tp skrg dh lupa steps nyer

Kancil 8349 said...

KY :

Kancil susah nak jelaskan mengenai perkara nie sebab ia terlalu subjektif...maaf yeah

Kancil 8349 said...

aizamia3 :

hehehe...cubalah bermain

Kancil 8349 said...

Fairus :

samalah kita geng

Kancil 8349 said...

Aziela :

insya Allah akan dikongsikan

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

yups

Kancil 8349 said...

knor :

betul2

Kancil 8349 said...

dhiera :

kita cuba untuk bermain

Kancil 8349 said...

khairul :

sayangnya...cubalah untuk belajar semula

Unknown said...

tahniah kepada semua yg berjaya kancil......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...