Sebenarnya aku tidak mahu publish sebab ia sudah berlalu sebulan yang lalu. Tetapi rasanya ndak bagus kalau aku ndak sampaikan dalam blog aku nie. Hari keluarga merupakan himpunan semua ahli - ahli keluarga kembangan tidak kira usia dan status pekerjaan. Masa inilah kita berjumpa dan kenal mengenali antara satu sama lain.
Objektif sebenar adalah merapatkan hubungan sepupu - sepupu yang jauh terutamanya dari sebelah Pantai Barat Sabah. Selain itu, dapat mengenali sepupu - sepupu yang sudah bekerja dan berkahwin. Namun, objektif tersebut tidak mencapai sasaran sebenar. Mungkin ada kesilapan yang tidak diduga dan tidak diambil endah. Apapun, berharap program seterusnya akan membuahkan hasil.
Acara yang dianjurkan telah dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2010 bertempat di Kampung Bukit Sakong, Semporna. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya jungle tracking, sukaneka, persembahan kebudayaan, ceramah motivasi dan mendaki Bukit Tengkorak Program ini berakhir di Kawasan Bukit Tengkorak. Ini adalah beberapa gambar sepanjang program tersebut dilaksanakan.
Membuat Persembahan
Menunggu Giliran
Para penonton yang terdiri daripada Pak Cik - Pak Cik dan Mak Cik -Mak Cik
Malam Kebudayaan
Ceramah Motivasi
Berjoging ke hujung kampung
Mendengar cerita
Bermain di anak sungai
Sempat bergambar sebelum mendaki bukit tengkorak
Orang kuat
Berehat
Saje nak mencuba
Pemandangan Dari Atas - Kelihatan Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran Semporna
Pulau Omadal
Bagi semua sepupu - sepupuku yang membaca ini, tolonglah hadir dalam program yang dianjurkan oleh keluarga kita.
7 comments:
WAH.. MERIAHMNYE.. :)
sungguh menarik aktiviti keluarga ini
Thank you geng...tahun nie nak buat lagi...tunggu pihak penganjur buat pengumuman
menariknya...:)
Permata Biru : terima kasih...
assalamualaikum kancil...wah seronokkn kalau dpt bersama2 keluarga begini ....
xtvt mcm ni sepatutnya selalu diadakan agar kita dpt mengenali lebih lama lagi ngan saudara2 kita semua...:)
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
tapi ndak semua berkumpul...apapun gembira dapat berhimpun dengan sepupu sepapan Kancil
Post a Comment