Susah nak digambarkan bagaimana perasaan kita dinilai oleh orang lain yang kita rasa asing dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai andaian dan tanggapan bermain di dalam fikiran kita...bagi yang senior mungkin dah basi dan lali mendapat situasi seperti ini.
Bagi saya pula, ia satu situasi yang menggerunkan, mana tidak pegawai yang menilai tiba - tiba masuk ke dalam kelas. Selain itu, subjek yang saya ajar merupakan subjek yang agak susah nak dijelaskan dan kebanyakan orang benci dengan subjek ini.
Apapun saya menghadapi dengan tenang walaupun baju kemeja saya dah basah. Dan saya ucapkan terima kasih kepada anak- anak murid saya kerana mereka tidak buat hal ketika pegawai tersebut di dalam kelas saya. Seperti mereka faham akan situasi saya ketika itu, budak yang malas pun tiba - tiba jadi rajin, budak yang suka berjalan dan menganggu rakan sekelas tidak berlaku pada ketika itu seperti sebelum ini.
Ini merupakan penilaian saya pertama dalam tempoh 5 bulan bertugas dan sebenarnya saya bukanlah guru akademik. Apapun laporan yang bakal diumumkan nanti, saya terima secara terbuka dan cuba memperbaiki kelemahan semasa P&P.
3 comments:
tahniah cikgu Umnrah. Semoga akan menjadi guru yang lebih cekal lagi
assalamualaikum kancil...penilian itu adalah satu cara utk mereka memberikan penghargaan atau kelulusan bg sesuatu perkara...moga kancil akan tetap menjadi seorg cikgu yg berjaya nanti ...:)
Maszull :
Waalaikumsalam mama.
betul tu mama...kancil selalu berfikiran macam tu
Post a Comment