Bila kita merasa susah, banyak benda kita tidak boleh capai mahupun miliki. Dalam keadaan yang sama, ada manusia lebih suka tengok kita jatuh lebih teruk berbanding membantu kita. Itulah kesusahan dulu yang orang tahu membebel dan mengata tanpa mengetahui isi hati dan penderitaan orang lain.
Mahu salahkan pun susah sebab mereka ini belum merasa apa yang kita lalui. Berlagak macam dah tahu selok belok rumahtangga. Macam - macam perkataan yang keluar dari mulut - mulut yang tidak bertapis tanpa menyedari bahawa mereka sudah menyakiti hati orang. Walaupun agak marah, geram dan menyampah, tetapi hati tetap berkata SABARLAH...suatu hari nanti mereka akan rasa dan masa tu mereka akan tahu apa yang saya rasa pada hari ini.
Kerana kesabaran dan ketabahan, akhirnya terbalas juga. Kerana yakin bahawa kesusahan pada hari ini akan terbalas dengan kesenangan pada masa akan datang. Kerana yakin bahawa kehidupan kita, kita yang atur dan bukan orang lain.
2 comments:
assalamualaikum kancil...mmg benar tu kancil kesusahanlah yg mengajar kita erti kehidupan ini yg sebenarnya oleh itu jgnlah kita mempersendakan org yg lain kerana itu semua adalah hasutan syaitan...:)
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
betul tu mama...mereka yang kutuk kancil dah terima balasannya
Post a Comment