Rakan Blogger

Wednesday, October 31, 2012

Bicara Pendidik Demi Negara

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Minggu lalu, Kancil menerima panggilan telepon daripada pejabat sekolah. Ketika itu, Kancil berada di luar sekolah kerana terlibat dengan program RIMUP peringkat Negeri Sabah. Dalam panggilan tersebut, Kancil diminta hadir ke Program Bicara Pendidik Demi Negara yang akan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin.


Tempat program tersebut di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau dan bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 tengahari. Kancil datang awal pada hari itu. Seawal 7 pagi. Mengelak dari sesak jalan dan ketiadaan tempat letak kereta. Pada pukul 7.30 pagi, Kancil mendaftar kehadiran di meja pendaftaran di luar auditorium tersebut. Dan terus masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk.

Tepat pada pukul 8 pagi, Pengarah Pelajaran Sabah tiba dengan diiringi oleh beberapa orang pegawai kanan termasuklah Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, Encik Darman Shah Biin Haji Asakil. Tidak lupa kepada ACP Ibrahim Bin Chin, Ketua Polis Daerah Tawau. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Sabah Tanah Air Ku'. Diikuti dengan bacaan doa.

Selesai bacaan doa, slot pertama diteruskan dengan ceramah "Cabaran Pendidikan Di Negeri Sabah" yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan di Negeri Sabah iaitu 


Cabaran Pertama ; Prestasi Peperiksaan Awan yang tidak menentu mengikut tahun. Cabaran kedua penubuhan Pra Sekolah yang mana bilangan sekolah kebangsaan yang menyediakan Pra Sekolah ialah 841, bilangan guru ialah 1127 orang dan bilangan murid 22597 orang. Cabaran ketiga ; keperluan peningkatan kompetensi audit berteguran. Cabaran keempat ; kes tatatertib, kewangan dan pengurusan. Cabaran kelima ; kadar ponteng di sekolah dan pembangunan potensi diri. Cabaran keenam ; Peruntukkan pembangunan dan masalah yang dihadapi seperti keselamatan sekolah, kerap banjir dan projek terbengkalai.

Itu sebahagian cabaran yang dihadapi oleh pendidikan di Negeri Sabah. Namun apa juga cabaran, semua pihak harus bekerjasama dalam menghadapi cabaran tersebut demi kecemerlangan pendidikan di negeri Sabah. Sepanjang ucapan beliau, ada beberapa ungkapan yang Kancil ingin kongsikan untuk rakan blogger. Jom baca

"Masa muda tidak akan kembali...tapi ada 1 perkara yang datang 2x...iaitu gigi..hargai apa yang kita ada"

"Manusia ada batasnya dalam melakukan sesuatu perkara tetapi ada satu perkara yang tidak terbatas dalam manusia...iaitu NAFSU"

"Antara Kewajipan dan kebajikan guru...mana yang diutamakan? Kebajikan adalah sunat tetapi kewajipan adalah wajib"

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

30 comments:

Aisy Nasiha said...

berkenan dengan petikan ayat "Antara Kewajipan dan kebajikan guru...mana yang diutamakan? Kebajikan adalah sunat tetapi kewajipan adalah wajib"


Unknown said...

tugas pendidik yang sgt berat. terlalu byk pengorbanan untuk melihat kejayaan seorang pelajar dan kemajuan sebuah negara :)

maszull said...

assalamualaikum kancil...ungkapan yang amat menarik sekali dan yang menarik sekali adalah "Kebajikan adalah sunat tetapi kewajipan adalah wajib"...:)

Anonymous said...

mencabar sungguh kerjaya guru ye !

fairus said...

TERUSKAN USAHA MEMARTABATKAN PENDIDIKAN NEGARA.. SYABAS..

Aien Not Alien said...

cabaran sebagai pendidik dizaman ini memerlukan kerjasama antara semua pihak sebagai pemangkin kejayaan..

Nafisya Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Nafisya Ismail said...

As salam... beruntung jadi cikgu.. banyak aktiviti berilmu. semoga cikgu mendapat manfaat dari setiap ilmu yang cikgu dapat dan dikongsi dengan pembaca blog cikgu :)

ajax85 said...

kena keje kuat cikgu..hehe

3no gr33ny said...

persoalan yang ditimbulkan membawa maksud tersirat bila ditafsir semula

LadyBird said...

macam baca laporan jer gayanye..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus yea cikgu-cikgu sekarang.
semoga anak bangsa menjadi cemerlang berkat kerajinan guru-guru sekarang.

Anonymous said...

assalamualaikum..

rasa mcam tengah baca.. ermm.. laporan?

hehe..

btw, pandai jgk Datuk tu bergurau ye.. :)

Cikgu Ma said...

guru ada cabaran tersendiri...

ஜ miss klanika ஜ said...

guru tugas yang mulia jadi cabarannya lebih

ayut said...

tu dia..kewajipan dan kebajikan...tp klu kebajikan tak terjaga ssh jugak nk laksanakan kewajipan...tp takpe.pasti ada jln ye kan :))

Kancil 8349 said...

Aisy :

Kancil suka dengannya

Kancil 8349 said...

Eza :

betul tu..namun ada masih yang tidak menyedari pengorbanan tersebut

Kancil 8349 said...

Maszull :

Walaaikumsalam mama...Kancil pun suka dan tertarik dengannya

Kancil 8349 said...

Kesuma :

betul tu

Kancil 8349 said...

Fairus :

terima kasih geng

Kancil 8349 said...

Aien :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Nafisya :

waalaikumsalam...terima kasih

Kancil 8349 said...

Man :

betul tui

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu 3no

Kancil 8349 said...

LadyBird :

eya ke...mungkin kebetulan buat laporan masa buat entri nie...hehehe

Kancil 8349 said...

Cik Gee :

apa boleh buat...terbuat jadi laporan

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Miss Klanika :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Ayut :

setakat nie...guru - guru lebih pada kewajiapan mereka...kalau pun ada soal kebajikan...mungkin tidak banyak yang guru dapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...