Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Minggu lalu, Kancil menerima panggilan telepon daripada pejabat sekolah. Ketika itu, Kancil berada di luar sekolah kerana terlibat dengan program RIMUP peringkat Negeri Sabah. Dalam panggilan tersebut, Kancil diminta hadir ke Program Bicara Pendidik Demi Negara yang akan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin.
Tempat program tersebut di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau dan bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 tengahari. Kancil datang awal pada hari itu. Seawal 7 pagi. Mengelak dari sesak jalan dan ketiadaan tempat letak kereta. Pada pukul 7.30 pagi, Kancil mendaftar kehadiran di meja pendaftaran di luar auditorium tersebut. Dan terus masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk.
Tepat pada pukul 8 pagi, Pengarah Pelajaran Sabah tiba dengan diiringi oleh beberapa orang pegawai kanan termasuklah Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, Encik Darman Shah Biin Haji Asakil. Tidak lupa kepada ACP Ibrahim Bin Chin, Ketua Polis Daerah Tawau. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Sabah Tanah Air Ku'. Diikuti dengan bacaan doa.
Selesai bacaan doa, slot pertama diteruskan dengan ceramah "Cabaran Pendidikan Di Negeri Sabah" yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan di Negeri Sabah iaitu
Cabaran Pertama ; Prestasi Peperiksaan Awan yang tidak menentu mengikut tahun. Cabaran kedua penubuhan Pra Sekolah yang mana bilangan sekolah kebangsaan yang menyediakan Pra Sekolah ialah 841, bilangan guru ialah 1127 orang dan bilangan murid 22597 orang. Cabaran ketiga ; keperluan peningkatan kompetensi audit berteguran. Cabaran keempat ; kes tatatertib, kewangan dan pengurusan. Cabaran kelima ; kadar ponteng di sekolah dan pembangunan potensi diri. Cabaran keenam ; Peruntukkan pembangunan dan masalah yang dihadapi seperti keselamatan sekolah, kerap banjir dan projek terbengkalai.
Itu sebahagian cabaran yang dihadapi oleh pendidikan di Negeri Sabah. Namun apa juga cabaran, semua pihak harus bekerjasama dalam menghadapi cabaran tersebut demi kecemerlangan pendidikan di negeri Sabah. Sepanjang ucapan beliau, ada beberapa ungkapan yang Kancil ingin kongsikan untuk rakan blogger. Jom baca
"Masa muda tidak akan kembali...tapi ada 1 perkara yang datang 2x...iaitu gigi..hargai apa yang kita ada"
"Manusia ada batasnya dalam melakukan sesuatu perkara tetapi ada satu perkara yang tidak terbatas dalam manusia...iaitu NAFSU"
"Antara Kewajipan dan kebajikan guru...mana yang diutamakan? Kebajikan adalah sunat tetapi kewajipan adalah wajib"
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
30 comments:
berkenan dengan petikan ayat "Antara Kewajipan dan kebajikan guru...mana yang diutamakan? Kebajikan adalah sunat tetapi kewajipan adalah wajib"
tugas pendidik yang sgt berat. terlalu byk pengorbanan untuk melihat kejayaan seorang pelajar dan kemajuan sebuah negara :)
assalamualaikum kancil...ungkapan yang amat menarik sekali dan yang menarik sekali adalah "Kebajikan adalah sunat tetapi kewajipan adalah wajib"...:)
mencabar sungguh kerjaya guru ye !
TERUSKAN USAHA MEMARTABATKAN PENDIDIKAN NEGARA.. SYABAS..
cabaran sebagai pendidik dizaman ini memerlukan kerjasama antara semua pihak sebagai pemangkin kejayaan..
As salam... beruntung jadi cikgu.. banyak aktiviti berilmu. semoga cikgu mendapat manfaat dari setiap ilmu yang cikgu dapat dan dikongsi dengan pembaca blog cikgu :)
kena keje kuat cikgu..hehe
persoalan yang ditimbulkan membawa maksud tersirat bila ditafsir semula
macam baca laporan jer gayanye..
Bagus yea cikgu-cikgu sekarang.
semoga anak bangsa menjadi cemerlang berkat kerajinan guru-guru sekarang.
assalamualaikum..
rasa mcam tengah baca.. ermm.. laporan?
hehe..
btw, pandai jgk Datuk tu bergurau ye.. :)
guru ada cabaran tersendiri...
guru tugas yang mulia jadi cabarannya lebih
tu dia..kewajipan dan kebajikan...tp klu kebajikan tak terjaga ssh jugak nk laksanakan kewajipan...tp takpe.pasti ada jln ye kan :))
Aisy :
Kancil suka dengannya
Eza :
betul tu..namun ada masih yang tidak menyedari pengorbanan tersebut
Maszull :
Walaaikumsalam mama...Kancil pun suka dan tertarik dengannya
Kesuma :
betul tu
Fairus :
terima kasih geng
Aien :
betul tu...terima kasih
Nafisya :
waalaikumsalam...terima kasih
Man :
betul tui
3no :
betul tu 3no
LadyBird :
eya ke...mungkin kebetulan buat laporan masa buat entri nie...hehehe
Cik Gee :
apa boleh buat...terbuat jadi laporan
Cikgu Ma :
betul tu...
Miss Klanika :
terima kasih
Ayut :
setakat nie...guru - guru lebih pada kewajiapan mereka...kalau pun ada soal kebajikan...mungkin tidak banyak yang guru dapat
Post a Comment