Rakan Blogger

Wednesday, October 31, 2012

Tragedi Oktober

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Ingat je tajuk entri ini, pasti ada teringat lagu yang dinyanyikan oleh AWIE pada suatu ketika dulu. Tiada istimewanya sebenarnya yang ingin Kancil kongsikan cuma bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk Kancil dan rakan - rakan Kancil di sekolah. Pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya hari persekolahan pada 9 November 2012.

Dalam minggu nie, sekolah Kancil akan melaksanakan Solat Bestari pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu ada Mesyuarat Akhir Tahun dan pada malamnya ada Jamuan Akhir Tahun. Minggu depan lagi, pada hari Selasa ada Majlis Anugerah Cemerlang untuk  murid - murid sekolah. Dan tidak lupa penyerahan buku rekod kecemerlangan murid - murid sekolah.

Dalam tempoh 2 minggu nie, memang sibuk mengurus fail dan segala yang berkaitan dengan sekolah. Namun, guru - guru sudah biasa dengan keadaan ini. Tapi teringat pula kisah guru mengamuk di sekolah pulau. Tertekan dengan keadaan sekeliling dan keadaan kerja. Mungkin bukan di Sabah sahaja...mungkin ada di tempat lain. Cuma ditutup kesnya bagi mengelak pandangan buruk terhadap kerjaya guru.

Kisah bot karam di utara Sabah yang melibatkan guru - guru sekolah tidak mendapat liputan luas. Walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku namun bagi guru - guru yang baru pertama kali posting menjadi trauma dengan keadaan itu. Rasanya banyak lagi yang belum dikhabarkan seperti guru dipukul oleh mak bapa, rumah dan kenderaan guru dirosakkan dan macam - macam lagi. Itulah tanggungjawab dan kewajipan yang dipikul oleh guru - guru di sekolah. Di bandar lain situasinya begitu juga di luar bandar...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

12 comments:

ct kektus said...

aah lah. bila baca tajuk tragedi oktober, kite pon ingat lagu awie. :D


kerja cikgu memang mencabar. kena kuat mental dgn fizikal jugak ni. :)

♥Nur Ayuni Khalib said...

Banyak dugaan dan ujian menjadi seorang guru kan. Walaupun sy bukan guru tapi dilahirkan dlm keluarga yang boleh dikatakan kebanyakannya guru, turut merasainya. tapi tugas guru ini berat kan. pendidik anak bangsa. senang disebut tapi besar tanggungjawab.

cerita best said...

entry mmg panjang sma mcm rumusan spm pakjoe dlu hahhaa pa2 pun k

fairus said...

TAK MENGAPALAH, ITU DINAMAKAN CABARAN BEKERJA.. BUKAN SETAKAT GURU SAHAJA, LAIN-LAIN JAWATAN PUN ADA CABARAN2 TERTENTU..

kathy said...

rasa mcm sekejap je masa berlalu kan? tau2 je dah masuk bulan 11.. kalau cikgu sibuk dengan aktiviti akhir tahun, budak2 lak sibuk nak cuti..sbb anak buah dah asyik menyebut pasal cuti sekolah je..hehe..

Aziela said...

Memang besar tugas, tanggungjawab dan cabaran guru nie. Walaupun begitu, saya tetap terkilan kerana kerajaan masih belum memberikan kemudahan guru seperti selayaknya gred pegawai kerajaan yang sama di jabatan dan kementerian lain. Sabar dulu yer cikgu.

ayut said...

siapa ckp jd cikgu sng kan kancil..same je beban keje yer..apa pon slmt bertugas kancil...teruslah menjd guru yg terbaik dlm membimbing...!tragedi akan mnnjdikan dri lebih dewasa :)

#tp klu ayut mmg trauma kot bot karam...oh tidakkk

SURIA AMANDA said...

terus teringat filem tragedi oktober..x suka amy mastura dalam filem tuh

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah tajuk n3 best la tragedi Oktober la...:)

baguznet said...

memang adakalanya sesuatu kes itu tidak dilaporkan di dalam media atas sebab-sebab tertentu yg mereka sahaja lebih tahu.

Mungkin ada baiknya tetapi mungkin 'menyembunyikan' cerita itu boleh mendatangkan keburukan juga...

Unknown said...

trajedi october tu kancil.....
dugaan sebagai guru sebenarnya besar...... melayan karenah anak murid dan ibu bapa....

Jahirah said...

mmg terbayang tajuk lagu tu pun...hehee
erm selalu camtu la kes akan ditutup dan umum xkan tahu...ye la nanti tkt pulak mak ayah nak bagi ank sekolah kan.hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...