Rakan Blogger

Monday, June 24, 2013

Bukan Guru Tahun 6

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini, Kancil menerima pelawaan daripada seorang rakan bimbingan untuk menyampaikan ceramah di sekolah beliau. Pada mulanya, beliau berhubung melalui telefon untuk memastikan adakah kancil bersetuju untuk memberi ceramah. Dan sememangnya Kancil tidka menolak kerana ia peluang yang baik untuk Kancil. Seperti biasa juga, Kancil maklumkan kepada beliau ikutlah prosedur yang telah ditetapkan.

Beberapa hari kemudian, Kancil menerima surat jemputan untuk memberi ceramah di sekolah tersebut. Surat tersebut telah ditandatangani oleh guru besar sekolah Kancil juga. Sememangnya guru besar Kancil tidak pernah menolak. Kancil rasa gembira dan tidak sabar untuk menanti hari tersebut (iaitu hari ini). Persiapan telah dibuat dengan mencari bahan dan maklumat yang berguna untuk para murid di sekolah tersebut. 

Ini merupakan kali pertama Kancil mengunjungi sekolah tersebut. Bilangan murid yang dimaklumkan adalah 147 orang. Ramai juga. So, Kancil kena rancang baik - baik untuk memberikan impak yang positif kepada mereka. Sepertimana Kancil buat kepada murid - murid SK Bombalai dan SK Tanjung Batu. Namun, Kancil rasa sedikit kecewa apabila, seorang rakan sekerja mempertikaikan kebolehan Kancil. 

Malah beliau secara sinis mengatakan bagaimana Kancil boleh mengajar teknik menjawab sedangkan Kancil 'BUKAN GURU TAHUN 6'. Memang betul Kancil bukan guru tahun 6 namun sebagai guru bimbingan, Kancil layak memberi teknik yang Kancil pelajari sewaktu belajar dulu. Selain itu, guru bimbingan merupakan guru yang serba boleh dalam apa - apa situasi tidak kira akademik mahupun ko kurikulum. 

Walau apapun, Kancil ndak kisah sangat. Ia merupakan pembakar semangat Kancil untuk maju ke hadapan. Mereka nak kata apa pun, bukan mereka yang bagi duit gaji Kancil? ataupun rezeki Kancil? Bagi Kancil, mereka tidak faham apa kerja Kancil walaupun asyik mengganti kelas, menjadi setiausaha itu ini dan sebagainya. Tapi masih juga dikatakan tiada kerja...hehehe...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p//s : Insya Allah Kancil akan kongsikan pengalaman Kancil memberi ceramah di sekolah tersebut.

13 comments:

Unknown said...

..xyah peduli apa org kata..jnji kite x buat slh..manusia ni mmg suka dengki kt org lain..moga kite d jauhkan dr sikap mcm tu..

fizafantagiro said...

Betul tu kancil , jadikan kata-kata negatif tu sebagai pembakar untuk jadi lebih baik dan terus maju . semoga kancil terus berjaya dalam bidang ni :)

beat said...

sapa2 pun boleh mengajar...kita semua pendkwah

Izwa Kamaruddin said...

selamat maju jaya cikgu!

Kayu Manis said...

kalau bg akak mengajar pun..akak boleh..

bkn setakat mengajar..ceramah pun boleh...ada berani..

heheh

dee said...

nak jugak jadi cikgu yang inspired students!

maszull said...

assalamualaikum kancil...pedulikan janji kita buat kerja kita sudahkn...:)

Anonymous said...

buat apa yg kita rasa baik & terbaik yer !

Unknown said...

Biar lah cikgu..apa orang nak kata..yang penting kita mengajar dengan ikhlas dan jujur....

Malay-Kadazan girl said...

Semua jenis pengalaman ada manfaatnya untuk berkongsi.
Tempat cikgu mengajar belum sempat saya pergi lagi.

Unknown said...

bersemangat kancil ingin berbakti pada anak bangsa.......semoga keikhlasan kancil berhasil nanti....

Kancil 8349 said...

Zira : terima kasih atas nasihat tersebut

Fizafantagiro : terima kasih

dunaifana : betul ty

Mrs. Eady : terima kasih

Knor : hehehe..hebat kakak nie

dee : betul tu

Mas zull : Waalaikumsalam mama...betul tu

Kesuma : betu; tu

Nao Mei : terima kasih

Malay : eya ke...insya Allah kita boleh jumpa

Remy : terima kasih

ciK LyndaWawa said...

setakat tahun 6 ok lagi.. p saya bg ceramah untuk org bisnes, kontraktor.. wahahaha... sakit tu bile tak tau jawab.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...