Rakan Blogger

Monday, July 22, 2013

Hormatlah Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil bersolat di masjid batu 2 area YB Ghaffur (ndak tahu nama masjid tersebut). Kekadang, Kancil berpindah ke masjid lain mengikut mood Kancil. Kalau mahu pergi ke bandar, pergilah Kancil bersolat di bandar. Namun, lebih banyak di masjid ini. Kerana imamnya membaca surah cukup mengasyikkan. 

Tapi ada satu cerita yang ingin Kancil kongsikan. Mengenai Hormat Orang Lain. Dalam banyak - banyak situasi, kita anggap ia remeh namun bagi orang lain ia cukup menguris jiwa orang. Terutamanya bila berdepan dengan orang lain yang sedang bercakap. Rata - rata mereka main lalu sahaja. Tapi Kancil yakin kita bukan macam mereka.

Semasa orang duduk menunggu masuk waktu, mereka main lalu sahaja ada tu siap langgar orang yang duduk. Bukankah itu tidak menghormat orang lain. Apa salah kita menegur minta lalu atau minta izin untuk bergerak. Kalau tidak pun cuit bahu orang yang duduk supaya dia mengetahui niat kita. Namun mereka tidak buat macam tu. Ditegur kita yang salah.

Selain itu, main mercun tengah bersembahyang. Bab nielah yang Kancil paling ndak suka. Kalau tidak mahu solat, janganlah buat bising. Janganlah buang mercun. Tetapi, bila kita tegur budak - budak remaja ini, lain pula tanggapan mereka malah ada yang bertindak agresif.

Tapi yang cukup menyedihkan Kancil kisah semalam. Semasa seorang kanak - kanak sedang mengambil air wuduk, tiba - tiba seorang lelaki dewasa menolaknya ke belakang. Budak tersebut terkejut dan terus menitiskan air matanya. Kancil ndak seberapa dengar apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Tetapi tidak eloknya dibuat budak seperti begitu. Lelaki tanpa rasa bersalah terus beredar membiarkan kanak - kanak lelaki tersebut menangis. 

Pada mulanya, kami meminta dia kembali untuk mengambil air wuduk tetapi dia menolak dan meminta kami dulu. Namun, Kancil dan seorang lelaki memujuk budak lelaki tersebut. Akhirnya dia kembali mengambil air wuduk sambil menitiskan air matanya. Kami berdua cuma menggelengkan kepala sesama sendiri. Mengapa perlu dilayan budak seperti tersebut? Hormatlah orang lain tidak kira dia kanak - kanak atau pun orang tua. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : insya Allah, esok Kancil akan cerita mengenai tempat menarik di Tawau..

12 comments:

man said...

Org tua sepatutnya kena kasih ngan org muda..hehe

Kesuma Angsana said...

betul tu setuju sgt !

aizamia3 said...

kesian kat budak tu.. napelah dilayan macam tu sekali.. tak patut dia buat macam tu..

nico nabiela said...

eeee teruknye lelaki dewasa itu!!sabarlah wahai adik semoga adik akn jd seorg yg soleh/beriman d masa dpn..kancil thx..xsbr mnanti next entry :)

KY Atie said...

betul tu, menhgi=ormati satu sama lain tu akan sikap yg baik, tapi KY selalu juga bertemu dengan org sebegitu...sabar je

tang main mercun tu memang kY paling tak suka, bunyinya itu kadang2 boleh buat jantung kita gugur, kalaulah mereka tu duduk dekat dengan KY memang kena sebiji heeee...

siti ZAHARA said...

kita perlu hormat walaupn dia muda dari kita..klu nak owg sayng kita..kita pun perlu sayang owg jgk kn..
mmng terkejut ngn bunyi mercun ..tpi nak bt cam na kn..nak larang siapala kita..sabo je lah..heee

Knor said...

tak sekolahlah ni..

Knor said...

bukan budak tu..org tua tu patut di sekolahkan..

Sakura Sue said...

sedihnyaa jadi budak tu. masyarakat m'sia makin kurg adabnya.huhu

Aida Ismail said...

Eee geramnya orang yang tolak budak tu. Kenapa tak ditegur orang tu? Kenapa biar je? Hmm..

fairus said...

YANG MUDA KENALAH HORMATI YANG TUA, YANG TUA PULA HARUSLAH MENGASIHI YANG MUDA..

Kancil 8349 said...

Man : betul tu

Kesuma : terima kasih

Aizamia3 : betul tu...

Nico : terima kasih..

KY : susah nak banteras...kalau ibu bapa sering nasihat anak-anak mereka.

Siti : betul tu..

Knor : betul tu...macam ndak sekolah je orang tua tu

Sakura : betul tu

Aida Ismail : bukan tidak ditegur tapi ndak sangka terjadi macam tu..sepantas kilat

Fairus : betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...