Rakan Blogger

Tuesday, July 9, 2013

Program Jalan Ria 10 000 Langkah 1 Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kemarin, sekolah Kancil melaksanakan program arahan daripada Kementerian iaitu Jalan Ria 10000 Langkah. Bukan setakat sekolah Kancil sahaja malah sekolah - sekolah sekitar Tawau juga melaksanakan program ini seperti SK Kukusan dan SK Bandar Tawau 1. Pelaksanaan ini dibuat memandangkan bulan Ramadhan akan tiba. Sebenarnya, pelaksanaan di peringkat kebangsaan sudah bermula pada 6 Julai.

Awal pagi, Kancil sudah sibuk mengatur PA Sistem untuk program ini. Lagipun Kancil adalah instruktor senamrobik tersebut. Sebelum program bermula, semua murid menghadiri Perhimpunan Sekolah. Ada beberapa perkara yang ingin disampaikan oleh Guru Besar. Selain ucapan guru besar, penyampaian hadiah kepada murid - murid yang mendapat 5A pada peperiksaan lepas. Dan pelancaran Program Kecemerlangan Murid bermula pada hari ini. Kesemuanya anjuran dan sumber kewangan daripada Bimbingan dan Kaunseling.

Selesai perhimpunan, semua murid bergerak ke padang sekolah menengah. Di sanalah senamrobik dilakukan. Selepas senamrobik, acara berjalan 10K langkah bermula. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa program dilaksanakan.


Murid - murid berhimpun di padang SM St Patrick, Tawau
 

Murid - murid bersama guru berjalan menuju ke SK St Patrick dari SM St Patrick

 

Kancil naik kenderaan pacuan 4 roda dan sempat mengambil gambar


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 comments:

man said...

happy je tgk bdk2

Kesuma Angsana said...

sempat juga buat acara ini sebelum puasa yer .. tahniah !

Sakura Sue said...

Kancil x berjalan 10k sekali dgn stdnt yg lain ke..hehe

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dan salam ramadhan dari bunda...

QueeN TerataI said...

best je tgk budak2 sekolah ni ha... rasa nk kembali semula ke zaman persekolahan...

fairus said...

TAK ACI... BEBUDAK KAU SURUH JALAN, KAU NAIK KERETA.. MANA BOLEH!! :)

Amanina Mads said...

wah meriahnya.. rindu zaman skolah

Kancil 8349 said...

Man : mestilah happy sebab dapat berjalan2 dengan rakan sekolah

Kesuma : terima kasih...acara terakhir sebelum puasa

Sakura : ada tugas sebenarnya

Bunda : terima kasih

Queen : Boleh bah kalau kita mahu...hehehe

Fairus : aku sedang bertugas bah tu geng...hehehe

Amanina : terima kasih

3no gr33ny said...

cikgu pun turut berpeluh kalau macam ni..hehe

Remy hazza said...

seronok bila layan kanak2 nie....teringin remy nak jadi guru.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...