Rakan Blogger

Friday, July 19, 2013

Tabib Cina

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil anak beranak turun ke bandar Tawau untuk berjumpa dengan Tabib Cina yang terletak berhampiran kawasan Terminal Bas Tempatan Tawau. Seorang kawan isteri Kancil yang mencadangkan pergi berjumpa dengan Tabib Cina tersebut. Tujuan kami ke sana kerana anak pertama Kancil demam panas dan Kancil sendiri pun selsema. Teruknya kalau selsema masa bulan puasa.

Tiba di kawasan terminal, kami berpusing - pusing mencari parking yang sesuai dan memang sukar untuk menemuinya. Hampir 3 kali berpusing di kawasan yang sama. Akhirnya, kami mencari tempat yang agak jauh dari kawasan tersebut berhampiran dengan KFC besar. Alhamdulillah ada banyak space parking di sana. Dari sanalah kami anak beranak berjalan kaki.

Tiba di premis tabib cina tu, kami dilayan dengan baik oleh pekerjanya. Salah seorang pekerja bertanya adakah kami berasal dari daerah Semporna. Kancil bertanya kembali, yang mana satu asal Semporna. Orang tersebut berkata isteri Kancil seperti orang Semporna. Kancil hanya mampu tersenyum dan memberitahu bahawa isteri Kancil orang Tawau. Tapi memang pelik, Kancil yang berasal dari daerah Semporna tidak menampakkan ciri - ciri orang Semporna malah dianggap sebagai orang bugis.

Beberapa minit kemudian, kami dibenarkan berjumpa dengan Tabib Cina tersebut. Dari segi luarannya seperti usia 60 tahun namun masih gagah. Percakapannya bukan orang Malaysia tetapi Indonesia. Namun, namanya masih cina dan seingat Kancil, di negara Indonesia melarang bangsa Cina guna nama cina. Ini bermakna dia berasal di Malaysia namun pernah bekerja di Indonesia. Kemungkinan?

Cara rawatannya melalui lampu suluh yang ditujukan ke arah mata kita. Dia boleh kesan mana yang tidak baik dan sebab - sebab kita sakit. Kagum Kancil melihat cara dia memberi rawatan. Isteri Kancil pun berpuas hati kerana sakit - sakit dalam pun beliau boleh lihat melalui anak mata kita sahaja. Malah beliau mencadangkan beberapa jenis makanan untuk kesihatan. Orang Cina, biasa dalam bab - bab tersebut.

Setelah selesai, beliau memberi ubat cecair seperti herba. Baunya cukup tidak tahan namun begitulah ubat. Kancil bila diberitahu ada penyakit yang sedang berkembang bikin menakutkan namun sebelum ia bertambah besar lebih baik cegah dari awal. Beliau sudah mencadangkan beberapa makanan yang perlu dielak terutamanya makanan laut. Huhuhu...benda yang dilarang itulah benda yang paling sedap.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

17 comments:

nico nabiela said...

kacil nak tnya tmpt menarik kt tawau?

QueeN TerataI said...

knp pergi ke tabib cina?

dee said...

seafood kan kaya iron. banyak boleh jadi penyakit, cam gout semua. so, berpada2 ler :)

man said...

Sbb itu nabi muhammad saw srh umat islam pergi ke china

Amanina Mads said...

tabib cina tu ckp kancil mcm org bugis..hehe

makanan laut lebih baik dielakkan. byk org alergik sbb makanan laut.

Aisy Nasiha said...

Ooo... Bagus juga perubatan cina ni.. Apa apa pun kita berusaha utk sembuhkan penyakit...

fairus said...

DULU MASA ZAMAN SEKOLAH AKU PERNAH DEMAM TERUK.. DEMAM BERPANJANGAN.. SIANG OK SKIT, TIBA MALAM PANAS SEMACAM.. DAH BEBERAPA KALI PERGI DOKTOR TAPI TAK BAIK.. MANA NAK BAIK, MAKAN UBAT JE MUNTAH.. MAKAN NASI PON TAK BOLEH.. BADAN SUSUT MENDADAK.. AKHIRNYA BAPAK AKU BAWAK PADA SEORANG INDONESIA.. DIA BAGI MAKAN JAMU DENGAN RAMUAN YANG TELAH DICAMPUR-CAMPURKAN.. DAN-DAN LEPAS TU BADAN SEPERTI PULIH.. TERUS BOLEH MAKAN MACAM BIASA..

Sakura Sue said...

Org china mmg pakar dlm herba.. even kt china pn hospital guna herba.. btul x?

3no gr33ny said...

nampaknya sahabat kenalah berpantang...jangan pula pantang jumpa..hehe

SimplySeoul said...

salam kancil. time budak2 dulu, mak ada bawa ke kedai ubat cina. jumpa dengan tabib jg sbb sakit teruk. antara nasihat tabib cina tu, jangan makan makanan laut.

smpai skrg sy elak makan seafood. tp badan saya mmg alergik dgn bnda tu. gatal2, sesak napas. tabib cina mmg mahir. di tawau masih banyak kedai cina yg lama.

selamat berpuasa :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

tabib mereka suka guna barang yang semulajadi.

siti ZAHARA said...

Setiap penyakit ada ubatnya..doa,usaha dn serah kepadaNYA..=D

khairul hassan said...

apa pon manusia berusaha..Allah yg menyembuhkan

Kancil 8349 said...

Nico : insya Allah Kancil akan ceritakan

Queen : dah pergi klinik tapi macam tu jugalah ceritanya...

Dee : betul tu..tapi macam kata Kancil benda yang sedap benda tulah yang dilarang makan

man : betul tu

Amanina : macam tulah ceritanya...hehehe

Aisy : betul tu

Fairus : wah...hebat ceritamu geng..kita kena berusaha juga kan?

Sakura : betul tu

3no : tulah bah...sedih

Simply : nampaknya kancil kena macam tulah

Pokok : betul tu

Siti : betul tu..terima kasih

Khairul : betul tu

aizamia3 said...

moga cepat sembuh hendakNYA..
kita hanya berusaha, yang menyembuhkan adalah DIA<

Aida Ismail said...

Perubatan tradisional ke ni. Hehe~

Mbak Dewi.Kalimantan said...

Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan,SAYA IBU DEWI, sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI JOYO MALIK atas bantuannya saya menang togel yang ke 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang pengepul barang bekas apalagi saya seorang janda,,yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….pada su atu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka ritual/ghoib AKI JOYO MALIK yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI JOYO MALIK dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan AKI yang telah memberikan angka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas berkat bantuan AKI JOYO MALIK bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goib yang di jamin 100% kemenangan hbg AKI JOYO MALIK di nmr;_ 085-211-977-346,ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2,hanya AKI JOYO MALIK yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti siahkan HBG/SMS AKI JOYO MALIK nya,terima kasih ROMNYA















INGAT…!!! JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG ADA SEBAB

KESEMPATAN TIDAK MUNGKIN DATANG KE 2 KALINYA………..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...