Rakan Blogger

Friday, July 5, 2013

Kursus Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak berpindah ke sekolah bandar, Kancil telah dilantik sebagai instruktor senamrobik. Walaupun tiada ilmu dalam bab senamrobik nie...Kancil berjaya menarik minat semua murid dengan pelbagai gaya dan persembahan. Tidak hairanlah Kancil tetap dilantik tetap dan berpencen sebagai instruktor senamrobik.

Bermula program Kesihatan pada tahun 2011, program 1 Murid 1 Sukan dan program Transisi Tahun 1...menyebabkan Kancil tidak kekok membuat persembahan senamrobik malah ada sahaja tarian baharu untuk anak - anak murid Kancil. Memandangkan Kancil aktif dan pandai sedikit. Kancil telah dipilih untuk menyertai kursus senamrobik 1 Murid 1 Sukan. 

Kursus ini dibuat di Tawau juga...sebanyak 35 orang dari sekolah - sekolah rendah dan menengah berkumpul di SK Muhibbahraya Tawau. Kursus ini berlangsung dua hari. Hari pertama pada hari Sabtu lalu dan hari kedua pada hari ini. Tempat masih seperti biasa. Sejak mengikut kursus, barulah Kancil faham akan rentak dan gerakan senaman tersebut. Pada hari ini, kami akan diuji dan jika lulus akan dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) di peringkat daerah.

Doakan Kancil lulus dalam ujian senamrobik ini. Bukan senang mahu buat...gerakan mesti ikut muzik atau nada lagu. Latihan beberapa hari Kancil dah buat untuk membuat persembahan. Isnin plak ada program senamrobik sempena Jalan Ria 10 Ribu langkah. Tentunya Kancil yang menjadi instruktornya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : masih ingat dengan blogger Abby Salvatore... beliau sama - sama dengan Kancil mengikut kursus ini. Blognya sudah terpadam

10 comments:

fairus said...

AKU PERNAH HADIRI KURSUS PELATIH SENAM ROBIK..

3no gr33ny said...

baru bulan lepas hamba sertai kursus ni..seronok!

Santri T.P.I.N.I said...

kalau dulu senaman poco-poco pun popular juga selain dari senamrobik ni tapi skrg dh takde dah...

Aziz Safian said...

haha..all the best kancil!

Etuza Ezawarna said...

wah sangat berguna tu untuk kesihatan...kancil sila ajar kami pula ya...

Amanina Mads said...

seronoknya dapat join aktiviti

Sakura Sue said...

wooww. hebat. :) good luck kancil!!

Mas Zull said...

assalamualaikum kancil...selamat berkursus yer...:)

Kancil 8349 said...

Fairus : bolehlah temankan aku geng

3no : memang seronok..

Santri : masih juga popular tu

Aziz : terima kasih

Etuza : insya Allah jika diberikan peluang

Amanina : memang seronok

Sakura : terima kasih

Mas Zull : Waalaikumsalam...terima kasih

Remy hazza said...

dah lama remy tak buat senamrobik.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...