Rakan Blogger

Sunday, July 1, 2012

Ada Apa Dengan Lahad Datu, Sabah?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Selamat berhujung minggu kepada semua rakan blogger walau di mana anda berada. Utamakan keselamatan keluarga anda atau orang - orang yang anda sayangi. Pada hujung minggu nie, Kancil ada rancangan sendiri. Kena jemput ke majlis kenduri kesyukuran. Korang macam mana plak? Apapun masa nielah yang sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga.  

Hari nie, Kancil ingin berkongsi cerita mengenai daerah Lahad Datu. Entri agak panjang, kalau sudi bacalah sampai habis. Salah seorang pembaca Kancil meminta Kancil untuk cerita lebih banyak mengenai Lahad Datu. Kancil sudah ceritakan di entri Kancil terdahulu. Namun beliau ingin sangat mengetahui lebih lanjut mengenainya. Jom baca ke sini.

Lahad Datu mempunyai nilai sejarah yang tersendiri seperti mana di daerah - daerah lain di sana. Nama singkatan untuk daerah ini ialah LD. Lahad Datu merupakan perkataan daripada suku kaum Bajau yang bermaksud 'Tempat Datu'. Ini kerana terdapat banyak keturunan bangsawan dari Kesultanan Sulu menetap di kawasan ini. Salah seorangnya Datu Agaseh. Sebelum pembukaan LD, Silam merupakan pusat pentadbiran dan penempatan awal di daerah LD.

Menurut sumber, Pekan Silam telah diserang oleh kuasa tertentu pada ketika itu. Mengakibatkan ramai orang lari ke LD, Kunak dan Semporna. Yang hanya tinggal di Pekan Silam, kini Kampung Silam Lama hanya Batu Asas Bandar Silam. Silam bermaksud Islam oleh penduduk awal di sana. Ini kerana, Silam merupakan penduduk paling ramai beragama Islam.

LD merupakan daerah yang paling besar di Sabah. Sedangkan keluasan Felda Sahabat menyamai keluasan Negeri Sembilan di Semenanjung Malaysia. Daerah yang luas ini membekalkan sumber semula jadi yang tinggi. Di sini terdapat kawasan paling lama di dunia, iaitu Lembah Danum. Memiliki sumber air yang banyak selain itu ada sumber galian seperti arang batu. Kini menjadi isu.

LD terletak di Bahagian Tenggara (dahulunya Tawau). Berada dipinggir laut dan dilindungi oleh Pulau Sakar. Jarak dari Ibu Negeri Kota Kinabalu lebih kurang 400 km, manakala ke Tawau 150 km dan Semporna 160 km di bahagian Selatan. LD boleh dihubungi melalui jalan darat, udara dan laut. LD juga mempunyai daerah kecil iaitu Tungku jaraknya 76 km ke timur LD.

Dari segi sejarah mengikut pengalaman Kancil yang pernah duduk di sana. Tahun 1989 merupakan tahun paling menakutkan yang pernah dialami oleh penduduk LD. Di mana serangan Mundu (lanun) di Bandar LD telah berlaku. Mundu - mundu ini telah menyerang balai polis daerah yang terletak di atas bukit mengakibatkan suasana kelam kabut. Kesan dari serangan tersebut masih kelihatan di Bangunan Mido. Terdapat beberapa kesan tembakan di bangunan tersebut. (tidak tahu kalau masih ada)

Tahun 1993, Kampung Unta LD digemparkan dengan penemuan bom di dasar sungai. Ia ditemui oleh kanak - kanak kampung yang sedang mandi di sungai Pancuran. Bom itu terletak di kawasan setinggan kampung tersebut. Pada hari Jumaat, penduduk diarahkan berpindah dan sekitar 2 km persegi dikosongkan. Ia memudahkan kerja - kerja meletupkan bom tersebut. Sebanyak tiga kali cubaan dibuat. Salah satu cubaan tersebut menggunakan jet pejuang.

Tahun 1996, bandar LD ditenggelami air banjir setinggi paras dada. Ini kerana hujan turun seawal pagi Jumaat sehingga malam. Kebetulan air laut pasang. Untuk makluman, bandar LD dikelilingi oleh sungai - sungai seperti Sungai Pancuran (utara bandar) dan Sungai Tabanak (selatan bandar). Limpahan air yang banyak menjadi punca LD banjir. Tahun tersebut merupakan tahun pertama bandar LD banjir.

Sebenarnya banyak lagi cerita mengenai LD, namun Kancil ndak pasti yang mana satu yang beliau ingin tahu. Dari segi apa dan cerita apa? Apapun, entri ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai LD kepada beliau. Berharap beliau berpuas hati.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

47 comments:

Dkna Abza said...

dkna tak pernah sampai sana. teringin sangat nak pergi sabah. t kancil boleh bawak dkna jejalan kat sna hehehee

Dylla Abas said...

wahh...subjek sejarah ni..baru tahu lepas baca..nice sharing cikgu :)

Deq's Qienz said...

ermmm tak prnh sampai lagikkk..

dee said...

takde ikan bakar? hehe ;p

maszull said...

assalamualaikum kancil...mekacih dapat juga mengetahui sejarah di Lahad Datu...:)

Unknown said...

teringin nk ke sabah dan serawak

Aisy Nasiha said...

dh tahu sejarah, lain kali leh ke sana lak... tapi bila lah?

Hatiku di Lahad Datu said...

terima kasih kancil!
informasi menarik..
kalau kancil ada masa..
sy teringin kancil buat post tentang tempat2 menarik di lahad datu..
tempat tumpuan penduduk lahad datu seperti pusat membeli belahnya ka..
jikalau ada gambar lagi bertambah menarik!

p/s-saya anonymous yg komen smlm..

Jahirah said...

banyak kisah pasal lahad datu ni yg baru sy tahu bila baca kt sini..

Unknown said...

serangan lanun tu yg mcm menyeramkan.. terima kasih atas info ni.. rasa sgt berguna tau.. at least dptlah Queen kenal dgn lbh dekat. :)

alin said...

teringin nak pegi ke sabah.. berjiran ja pun ngan negeri kelahiran saya.. ada rezeki nt nak p semporna.. katanya cantik view di sama... subahanallah

Eera Shera said...

banyak sejarahnya ya.. kena serang lanun la, bom la

fairus said...

SARAWAK AKU DAH SAMPAI.. SABAH JE BELUM LAGI.. OH.. BILAKAH?

Unknown said...

lipatan sejarah yg kita tak beberapa perasan dulu waktu belajar......
nice info kancil......

miss yatie said...

ooo...macam tu, KY belum pernah lg ke sana, kalau boleh nak keliling satu malaysia heeee

Aien Not Alien said...

maknanya asal usul DATU merujuk pada bangsawan la ya kancil? itu yang jadi Lahad Datu.

ILA HonEyBuNNy said...

pernah sampai LD..tapi tak tahu apa2...hehe...

sekarang baru tahu..hehe

3no gr33ny said...

maka dikisahkan tersebutlah nama tuan hamba disini..hihi

http://3nogr33ny.blogspot.com/2012/07/cairan-bekuan.html

Unknown said...

tinginnya nak menjelajah di sana (^___^)

baguznet said...

hebat memori cikgu, masih igt byk sejarah penting LD. Tahniah cikgu. Ndak dibukukan ke?

iEdA said...

baru tau sejarah LD...bnyk lagi tempat2 yg ada sejarah tsendiri kn...thanks share kancil...trgin nk pegi sn 1 hari naty ^_^

Anonymous said...

Wish u posts pictures of LD more

Kancil 8349 said...

Adylia :

insya Allah...Kancil boleh tunjukkan jalan bersama2 dengan sahabat kancil

Kancil 8349 said...

Dylla :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Deq :

insya Allah ada rezeki datang ke sini

Kancil 8349 said...

dee :

tetap ada...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...terima kasih kerana sudi membaca

Kancil 8349 said...

Khairul :

berharap bro dapat buat show dekat sini

Kancil 8349 said...

Aisy :

hehehe...Kancil boleh tunjukkan jalan

Kancil 8349 said...

Hatiku Di Lahad Datu :

insya Allah kancil akan ceritakan buat masa nie ndak dapat lagi sebab Kancil sibuk di sekolah

Kancil 8349 said...

Aishah :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih kerana sudi membaca

Kancil 8349 said...

Alin :

terima kasih...insya Allah ada rezeki kamu akan ke sini juga

Kancil 8349 said...

Eera :

tulah kehebatan setiap daerah...

Kancil 8349 said...

Fairus :

geng...aku sentiasa menanti kedatangan mu di sini

Kancil 8349 said...

Remy :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

KY :


insya Allah ada rezeki akan datang ke sini juga

Kancil 8349 said...

Aien :

betul tu...nama yang baik

Kancil 8349 said...

Aien :

betul tu...nama yang baik

Kancil 8349 said...

Ila :

hehehe...terima kasih kerana sudi membaca

Kancil 8349 said...

3no :

terima kasih

Kancil 8349 said...

eeiyss :

jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

baguznet :

hehehe...ndak perlulah dibukukan kerana sudah didigitalkan..terima kasih

Kancil 8349 said...

Ieda :

harap2 kita dapat berjumpa

Kancil 8349 said...

Anon :

insya Allah

Ybajan said...

nice one....proud to be org LD..hehe...
blog yang terbaik pernah aku baca..

Ybajan said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...